Menjelang perlawanan Tottenham Hotspur menentang Leicester City pada malam ini, Jose Mourinho melancarkan serangan psikologi dengan mendakwa Manchester City tidak melepaskan Raheem Sterling bermain untuk England tempoh hari.
Dalam sesi sidang media, pengurus warga Portugal tersebut mengatakan pengendali England Gareth Southgate seharusnya menamakan pengurus kelab yang memberi tekanan kepadanya.
“Saya harap dia boleh dedahkan siapa jurulatih yang menghubunginya. Dia sepatutnya berhak untuk memanggil pemain yang dia mahu kerana dia mesti nak menang, jadi saya bersimpati dengannya,” ujarnya.
"We all know Sterling will play tomorrow…" 🔵🔙
Jose Mourinho has urged England coach Gareth Southgate to name the Premier League managers who pressurise him to rest their players 🏴😳#Mourinho #TOTMCI #England #ThreeLions
👉 Find out more: https://t.co/tVX8cflN24 pic.twitter.com/YRhO9tD3es
— LiveScore (@livescore) November 20, 2020
Mourinho kemudian mengambil contoh Eric Dier yang mengalami kecederaan ketika bersama skuad kebangsaan pada bulan lepas dan beliau perlu merehatkannya selama dua minggu untuk memastikan pemainnya kembali pulih.
Tetapi beliau hairan mengapa Raheem Sterling yang tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Belgium dan Iceland tempoh hari akan bermain menentang Spurs pada Sabtu ini.
“Ini adalah perkara yang Gareth perlu jelaskan kepada kita semua. Walau apa pun saya akan beri sokongan penuh kepadanya kerana pasukan kebangsaan seharusnya dihormati dan dia berhak untuk menurunkan pemain yang dia mahu,” tambahnya lagi.
Guardiola kemudiannya menjawab tuduhan tersebut dengan berjenaka mempersoalkan mengenai kepakaran Mourinho dalam bidang perubatan.
“Mourinho perlu berjumpa dengan doktor skuad kebangsaan dan juga doktor Manchester City untuk dapatkan kepastian. Kecualilah jika Mourinho itu adalah doktor, saya tak pasti,” kata Guardiola yang baru sahaja menandatangani lanjutan kontrak bersama pasukannya.
https://twitter.com/EasySoccerNews/status/1329925379549663232?s=19
“Baik dengar sini, saya tidak akan jawab apa-apa mengenai Jose. Saya hanya akan bercakap tentang doktor kerana dia hanya menuduh sesuatu yang tidak benar. Lebih baik dia bercakap dengan doktor untuk dapatkan kepastian.”
Tottenham kini dalam prestasi terbaik mereka sejak Mourinho mengambil alih pasukan pada tahun lalu di mana mereka kini di tangga kedua dengan lima mata mengatasi City yang menghuni tangga kelapan.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:
Mampukah Pertahanan ‘Tempang’ Liverpool Menahan Serangan Leicester?
Frank Lampard: Status Sebagai Legenda Kelab Tak Buatkan Saya Kebal Dari Kecaman