Mungkin Kita Tidak Dapat Lihat Romel Morales Sarung Jersi Harimau Malaya Tahun Depan

Romel Morales KL City FC Harimau Malaya

Ketika persoalan siapa penyerang yang layak untuk menyarung jersi Harimau Malaya di Piala Asia dibincangkan, penyokong dilihat menyebut-nyebut nama Romel Morales, pemain Kuala Lumpur City FC di Liga Super ketika ini.

Sepanjang pusingan terakhir kelayakan Piala Asia yang baru berlalu dengan Malaysia mengesahkan tiket ke saingan itu sebagai naib juara Kumpulan E dengan enam mata, tiga mata di belakang juara kumpulan, Bahrain, apakah prestasi penyerang Harimau Malaya? Adakah mereka berjaya menjadi penyerang yang berkualiti?

Liga Super Perlu Siapkan Penyerang Harimau Malaya Sejati Untuk Piala Asia Dalam Tempoh Setahun

Siapa penyerang yang pengendali, Kim Pan-gon bawa sepanjang pusingan akhir kelayakan baru-baru ini?

1. Syafiq Ahmad

2. Darren Lok

3. Guilherme de Paula

Selain itu, dapat dilihat dalam perlawanan, Safawi Rasid telah diberikan peranan penyerang kedua di padang.

Berapa gol yang diledak oleh barisan penyerang tersebut? Empat daripada lapan gol telah dihasilkan mereka. Dan dua gol merupakan hasil jaringan penyerang kedua yang baru diperkenalkan oleh Kim – Safawi Rasid.

Adakah penyerang skuad kebangsaan bermasalah? Jika dilihat mereka berjaya meledak gol walaupun sedikit.

Jika ditakdirkan Darren Lok atau Syafiq Ahmad tidak dapat dibawa ke Piala Asia, kepada siapa tanggungjawab sebagai penyerang utama akan diberikan? Adakah Shahrel Fikri Md Fauzi atau mungkin De Paula sekali lagi?

Ramai yang mencadangkan nama Morales sebagai pengganti yang sesuai. Beliau telah dibangunkan oleh pengendali KL City, Bojan Hodak sebagai penyerang dan ia tampak membuahkan hasil buat The City Boys.

Pemain yang merupakan pemain tengah menyerang pada asalnya itu telah meledak 15 gol pada musim lalu. Prestasinya sangat cemerlang dalam saingan Piala Malaysia apabila meledak 10 gol dalam 11 penampilan.

Dengan bakal melengkapkan tempoh menetap dan bermain di Liga Malaysia untuk tempoh lima tahun pada tahun hadapan, ramai menjangkakan beliau akan dinaturalisasikan selain ejennya mengesahkan beliau amat berminat untuk menjadi warganegara Malaysia selepas menetap di Malaysia selama lima tahun, tahun depan.

“Memang dia [Morales] nak main [mewakili Malaysia], memang sudah ada perancangan untuknya di mana KL City akan menaturalisasikan dia.”

Effendi Jagan Abdullah, ejen Morales

Tetapi, perkembangan terbaharu di kem Johor Darul Ta’zim (JDT) tempohari memberi gambaran sebaliknya.

Menurut Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards, khabar angin tentang JDT akan menaturalisasikan Gonzalo Cabrera adalah tidak benar. Terdapat perkara yang menyukarkan proses naturalisasi tersebut ketika ini.

“Saya ingin menyangkal dakwaan yang tular mengenai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin menandatangani semula Gonzalo Cabrera sebagai pemain naturalisasi.”

“Kelab telah membuat keputusan untuk tidak menandatangani Cabrera kerana Malaysia Football League mempunyai peraturan bahawa pemain naturalisasi bukan warisan perlu menjadi warganegara Malaysia untuk lima tahun selepas mendapat kerakyatan sebelum boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan, melainkan di bawah program naturalisasi kebangsaan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia.”

“Oleh itu, JDT mengambil keputusan untuk tidak menandatangani Cabrera memandangkan beliau akan berusia 38 tahun selepas lima tahun tersebut.”

Apa yang anda faham kenyataan oleh Alistair itu? Ia membawa maksud, pemain perlu melengkap tempoh 10 tahun berada di Malaysia untuk dinaturalisasikan. Apa bezanya dengan kisah Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula? Tentu ada perbezaannya. Mereka bertiga hanya melalui tempoh lima tahun.

Sumareh, Liridon dan De Paula merupakan kes istimewa. Mereka di bawah program naturalisasi kebangsaan FAM. Pada hari ini FAM sudah membekukan program tersebut, namun membenarkan kelab di Liga Malaysia untuk menaturalisasikan pemain, mengikut syarat asal pertandingan dan perundangan negara. Jadi, ia berbeza.

Di Bawah Perkara 19 (1) Perlembagaan Persekutuan:

(a) Dia telah bermastatutin di Persekutuan sekurang-kurangnya 10 tahun dalam tempoh 12 tahun sebelum tarikh permohonan itu.

Jadi, besar kemungkinan, Morales perlu menunggu lima tahun lagi sebelum beliau layak dinaturalisasikan.

Oleh itu, untuk Piala Asia tahun depan, Morales sudah terkeluar daripada calon penggempur Harimau Malaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN