Mungkin Intan Serah Perlu Lebih ‘Bijak’ Buat Kenyataan Di Media Sosial

Pemain bola sepak kebangsaan wanita, Intan Sarah Anisah Binti Zulgafli atau lebih dikenali sebagai Intan Serah tampil dengan mencipta kontroversi tersendiri pada saingan Piala Asia 2023.

Apa tidaknya, pemain wanita tersebut telah pun memuat naik satu kenyataan yang tidak sepatutnya di media sosial X milik beliau menerusi satu kritikan keras kepada pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Ketika itu, Kim telah membuat pertukaran pada minit akhir perlawanan untuk memasukkan pemain naturalisasi negara iaitu Romel Morales selaku penyerang utama negara.

Namun Intan tampil dengan kenyataan tidak sopan selepas beliau seolah menyatakan Kim sebagai seseorang yang bodoh untuk memasukkan Morales berbanding Safawi Rasid.

“Another stupid sub from KPG, masukkan lah Pawi!!!!,” jelas Intan di media sosial X sehingga beliau kembali menerima teguran serta komen keras daripada netizen atas sikapnya itu.

Lebih mengharukan, tidak lama selepas Intan mengkritik Morales, pemain naturalisasi itu muncul selaku hero Malaysia apabila beliau meledak gol penyamaan buat pasukan kebangsaan.

Tidak lama selepas itu, Intan kembali memuat naik satu lagi kenyataan dengan meminta maaf kepada Morales sambil memuji akan kualiti pemain tersebut.

Malah, kenyataan Intan yang memberi kritikan tidak bermoral sebelum itu kepada Kim juga turut dipadam, selepas pelbagai kecaman hadir kepada beliau.

Selain mencipta sensasi kritikan kepada Kim, Intan yang juga boleh dianggap sebagai ikon atlet negara itu juga turut menjadikan Junior Eldstal serta Paulo Josue sebagai mangsa kecamannya.

“Junior ngan Josue masuk dedua bagi foul. Njir,” kritik Intan mengenai dua pemain kebangsaan tersebut di media sosial beliau.

Apa dilakukan oleh Intan itu jelas sesuatu yang sangat tidak bermoral serta bersikap buruk, apatah lagi beliau memiliki jumlah pengikut cukup ramai di media sosial.

Sebagai seseorang yang berpengaruh serta selaku pemain bola sepak sendiri, Intan sepatutnya menjadikan media sosial sebagai wadah untuk beliau mengajak sesuatu lebih positif ketika membuat kritikan.

Tidak salah untuk memberi pandangan atau kritikan, setidaknya beliau perlu lebih beradab dalam penggunaan bahasa serta tidak melulu menaikkan kenyataan di media sosial seperti itu.

Semoga ianya menjadi iktibar buat Intan pada masa hadapan, serta beliau lebih peka untuk membuat sebarang kenyataan di media sosial supaya perkara tersebut tidak berlaku lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN