Mungkin Ada Penyokong Kedah ‘Mangkaq’ Terlupa Status Liridon Bukan Pemain Import

Kedah Darul Aman (KDA) kini menjadi antara pasukan yang sangat serius mempersiapkan diri untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Pada satu sesi sidang media yang berlangsung semalam, pemilik kelab tersebut iaitu Tan Sri Dr. Mohd Daud Ghani telah mengumumkan dua lagi pemain import baharu akan menyertai KDA tidak lama lagi.

Menurut Dr Daud, kedua pemain tersebut masih lagi berada dalam proses dan akan dimuktamadkan secepat mungkin untuk para penyokong Sang Kenari.

Untuk rekod, KDA kini sudah pun memiliki tujuh pemain import dengan terbaharu Jonathan Balotelli sah menyertai kelab tersebut sebagai salah seorang tonggak serangan mereka.

Selain Balotelli, KDA juga turut menyenaraikan Willian Lira, Alan Robertson, Bojan Ciger, Manuel Hidalgo, Amirbek Juraboev, serta Manuel Ott untuk musim ini.

Menerusi syarat baharu Liga Bolasepak Malaysia (MFL), setiap pasukan pada musim ini dibenarkan untuk menandatangani sembilan khidmat pemain import berbanding lima sahaja sebelum itu.

Sehingga kini, tanda tanya mula bermain di fikiran para penyokong Sang Kenari mengenai dua lagi import pasukan tersebut yang akan menyertai kem latihan tidak lama lagi.

Agak mengejutkan setelah nama pemain naturalisasi negara iaitu Liridon Krasniqi turut disebut-sebut sebagai calon import KDA seterusnya dalam kalangan penyokong.

Menerusi perkongsian siaran langsung ucapan Dr Daud sebentar tadi di Facebook rasmi KDA, ramai penyokong kelab tersebut dengan yakin menyatakan Liridon sebagai salah satu pemain import baharu menyertai pasukan berkenaan.

Ini kerana, umum mengetahui Liridon bukan lagi berstatus pemain import dan kini beliau telah didaftarkan sebagai tempatan untuk Johor Darul Ta’zim (JDT).

Situasi Liridon sama seperti pemain tengah KDA iaitu Lee Tuck yang merupakan status naturalisasi untuk negara dan didaftarkan sebagai slot tempatan bukannya import.

Ketika ini, Liridon sah kembali pulang ke Malaysia untuk menyertai JDT kembali selepas khidmatnya selaku pemain pinjaman buat Khon Kaen United di Thailand.

Aksi Liridon yang kurang memberansangkan sejak beberapa musim ini serta tidak begitu bersesuaian dengan kehendak falsafah permainan JDT menyaksikan beliau terpaksa dipinjamkan kepada beberapa kelab luar negara.

Malah, nama beliau juga tidak tersenarai untuk skuad kebangsaan bagi aksi kelayakan Piala Asia 2023 dan Piala AFF 2022 tahun lalu bersama-sama Mohamadou Sumareh serta Guilherme de Paula.

Liridon bukan lagi nama asing buat KDA, selepas beliau berjaya mencipta fenomena buat pasukan tersebut sejak awal penyertaannya pada pertengahan musim 2015.

Selama beberapa musim bersama KDA, aksi pemain tersebut jelas menjadi sebutan ramai sehingga beliau mula merudum selepas berpindah menyertai Melaka United.

Walaupun begitu, ada perkhabaran menyatakan beberapa kelab tempatan dilihat berminat untuk cuba mendapatkan Liridon selaku status pinjaman daripada JDT.

Antara yang dikaitkan bersama pemain tengah ini ialah KDA, Selangor, dan Terengganu menerusi perkongsian dibuat oleh para penyokong menerusi media sosial.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN