Bintang antarabangsa Jerman, Thomas Muller menyatakan kemarahan beliau secara terbuka sebaik sahaja mengetahui nama beliau – antara yang tidak tersenarai dalam panggilan kebangsaan kali ini.
Muller menanggap pemilihan Loew kali ini sebagai ‘selera yang teruk’. Selain daripada Muller, 2 lagi rakan beliau di Bayern Munich iaitu Jerome Boateng dan Mats Hummels juga disisihkan daripada pasukan Jerman.
Pengendali Jerman, Joachim Loew dilaporkan telah memberitahu 3 pemain senior tersebut bahawa karier antarabangsa mereka sudah berakhir. Ketiga-tiga pemain tersebut mengumpulkan 246 kaps untuk Jerman dan membantu Jerman memenangi Piala Dunia.
Muller memuat naik video di laman sosial dengan berkata: “Semakin saya memikirkan tentangnya, membuatkan saya semakin marah memikirkan bagaimana ia berlaku.”
Thomas Muller OUT from Germany🇩🇪 National Team😔 #DFB #müller
He gives commentary about this situation. #thomasmuller #germanynationalteam #germany #bayern #football #fussball #soccer #muller #commentary #news #DFB #fußball #boateng #hummels #löw #22bet pic.twitter.com/wqSFAhvRYu— 22BET (@22bet_official) March 7, 2019
“Keputusan ‘coach’ kali ini membuatkan saya dalam kekeliruan. Seorang jurulatih haruslah memilih pemain berdasarkan alasan kesukanan, tiada masalah, dan saya tiada masalah akan hal itu.”
“Namun karakter pemilihan itu dibuat membuatkan saya tak faham. Mats, Jerome dan saya masih mampu bermain di peringkat tertinggi.”
CEO Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge menganggap kenyataan DFB itu akan memberikan impak kepada skuad Bayern Munich yang mewakili Jerman dalam saingan UCL. Bayern akan berhadapan dengan Liverpool selepas ini.
Selain itu, Rummenigge juga percaya ia memberikan impak kepada Bayern dalam persaingan kejuaraan liga.
Rummenigge dan Salihadmidzic dalam kenyataan bersama mereka berkata: “Kami mempersoalkan masa yang dipilih untuk pengumuman itu untuk pemain dan orang awam, kedua-duanya boleh dipersoalkan.”
“Perlawanan antarabangsa terakhir Jerman adalah 3 bulan setengah yang lalu.”
Joachim Loew dikatakan mahu membina era baru pasukan Jerman. Ketiga-tiga pemain yang disisihkan itu telah gagal menunjukkan aksi cemerlang terutama sekali dalam Piala Dunia lalu.