Mula Langkah Sumbang, Robert Alberts Dipecat Jadi Jurulatih Persib Bandung

Robert Alberts

Kelab Indonesia, Persib Bandung telah memecat jurulatih mereka iaitu Robert Alberts selepas prestasi yang tidak memuaskan di awal musim bola sepak negara itu.

Beliau yang sudah lama bersama-sama kelab utama Indonesia itu sejak tiga tahun yang lalu, meninggalkan Persib ditangga ke-17 iaitu kedua terakhir liga.

Hal ini berpunca daripada kegagalan Alberts membimbing pasukan dengan Persib hanya mengutip satu mata daripada tiga perlawanan yang telah diharungi.

Baru-baru ini, kekalahan 4-1 kepada Borneo FC telah memateri nasib Alberts dengan Stefano Lilipaly antara penjaring yang memastikan pengendali itu dibuang kerja.

Bekas pemain Terengganu, David da Silva juga menjaringkan gol saguhati untuk Persib.

“Setelah tiga tahun menjalin kerjasama, PERSIB dan Robert Alberts sepakat untuk berpisah,

“Terima kasih Coach Robert. Semoga berjaya dalam kerjaya seterusnya,” tulis Persib dalam kenyataan mereka.

Persib ada empat perlawanan lagi yang perlu ditempuh sepanjang bulan Ogos ini dan mereka perlu segera memberikan respon untuk bangkit.

Persib akan berdepan dengan PSIS Semarang, PSS Sleman, Bali United dan PSM Makassar.

Alberts merupakan jurulatih yang sinonim dengan bola sepak Asia Tenggara dengan beliau turut pernah berkhidmat di Malaysia.

Beliau sebelum ini pernah mengendalikan pasukan seperti Sarawak, Kedah serta Tanjong Pagar dan Home United di Singapura.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN