Mukhairi Ajmal Sah Sarung Jersi Gergasi Merah Untuk Saingan Musim Hadapan

Mukhairi Ajmal Selangor PKNP FC

Tiga hari lalu, kapten skuad B-19 negara, Mukhairi Ajmal Mahadi memuat naik status di laman Instagramnya berterima kasih kepada PKNP FC atas peluang yang diberikan untuk musim 2019.

PKNP FC merupakan pasukan pertamanya di Liga Malaysia selepas menamatkan pengajian di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail. Dengan pengendali, Abu Bakar Fadzim sememangnya suka dengan bakat muda, Mukhairi Ajmal telah berpeluang untuk beraksi.

Baru berusia 18 tahun, pemain sayap menyerang ini telah berjaya membuat debutnya di saingan Liga Super menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam pada Februari lalu dan tampil hebat di saingan Piala Malaysia terutamanya ketika meledak gol berdepan Kedah.

Abu Bakar Fadzim memberikan lebih peluang buatnya ketika Piala Malaysia selepas mempamerkan aksi membanggakan di Piala AFF B-19 pada Ogos lalu dan melabelkannya sebagai pemain muda berbakat besar dan masih dalam proses pembentukkan.

Sebelum pengumumannya itu lagi, telah tersebar yang pemain kelahiran Pahang itu bakal berhijrah ke Selangor untuk musim 2020, namun tiada sebarang pengumuman rasmi oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengenai statusnya sehingga kini.

Begitupun, bekas pengarah NFDP, Safirul Abu Bakar menerusi laman Twitternya telah mengesahkan yang Mukhairi Ajmal bakal menyertai Selangor hasil perkongsian gambar pemain tersebut sedang menandatangani kontrak yang kelihatan logo FAS.

Seminggu yang lalu, pengendali Perak II, Abu Bakar Fadzim turut mengesahkan hanya mengekalkan dua pemain daripada skuad PKNP FC musim 2019 iaitu Khairul Asyraf Sahizah dan Sukri Hamid.

Ia seterusnya membawa kepada persoalan ke manakah langkah Mukhairi Ajmal untuk saingan musim 2020 dengan spekulasi penghijrahannya ke Selangor semakin hangat dibicarakan.

Penyokong Selangor pastinya tidak sabar menanti pengumuman rasmi mengenai penyertaan pemain muda berbakat besar ini dan dijangkakan bakal beraksi bersama Selangor II terlebih dahulu.

Namun, usah disangkalkan yang Mukhairi Ajmal sebenarnya layak untuk bersama skuad utama Selangor di saingan Liga Super 2020. Peluang buatnya akan tiba kerana skuad B. Satiananthan dilihat kekurangan pemain sayap menyerang di sebelah kanan selain Khyril Muhymeen yang kerap dirundung masalah kecederaan.

Kredit Foto: Twitter Safirul Abu Bakar

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN