Kelibat pemain tengah muda negara iaitu Mukhairi Ajmal antara menjadi tumpuan ketika ini untuk saingan Pestabola Merdeka membabitkan skuad kebangsaan yang akan bermula tidak lama sahaja lagi.
Mukhairi menjadi antara nama pemain muda yang mendapat perhatian Kim Pan-gon selaku pengendali utama Harimau Malaya untuk memperkuatkan jentera tengah skuad tersebut.
GOOL!!
Mukhairi Ajmal 83’REPUBLIK KOREA 🇰🇷2-1🇲🇾 MALAYSIA#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/DgC9bX0DVN
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 2, 2022
Walaupun begitu, segelintir penyokong bola sepak tempatan merasakan pemain ini masih lagi tidak begitu layak untuk dipanggil selepas konsistensinya dalam permainan sedikit kurang memberansangkan menerusi komen-komen di media sosial.
Walaupun begitu, sudah tentu Kim mempunyai pandangan beliau tersendiri mengenai kualiti dimiliki oleh Mukhairi yang dianggap versatil dan mampu beraksi di beberapa posisi berbeza mengikut situasi permainan.
Menurut Mukhairi, beliau ingin membuktikan kehadirannya ketika ini bersama skuad kebangsaan mampu untuk memberi kesan positif tidak seperti yang difikirkan segelintir penyokong bola sepak negara mengenai kualitinya.
Malah, pemain tersebut juga ingin membalas kepercayaan yang diberikan oleh Kim sebelum itu untuk membuktikan dirinya mampu memberi impak besar bersama pasukan negara.
Tonggak utama Selangor itu juga mengakui dirinya tidak akan mengalah dengan mudah bagi merebut tempat bersama Harimau Malaya dalam setiap perlawanan akan dihadapi mereka pada saingan tersebut nanti.
“Sekali lagi saya diberi peluang untuk bersama skuad senior negara tahun ini dan ini adalah sesuatu yang positif.
“Sebagai pemain, tiada perkara lain selain memberikan yang terbaik pada setiap peluang yang diberikan.
“Saya akan membalas kepercayaan kakitangan kejurulatihan, menimba ilmu sebanyak mungkin dan menggunakan pengalaman yang ada untuk mempamerkan persembahan terbaik untuk Malaysia,” katanya menerusi laporan daripada Harian Metro.
Musim ini menyaksikan Mukhairi berjaya memberi impak positif bersama Selangor dalam saingan Liga Super 2023, selepas beliau sudah pun meledak tiga gol serta tiga bantuan jaringan daripada 21 penampilannya buat pasukan tersebut.
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon, hari ini memulakan kem latihan pusat bagi menghadapi Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 13 hingga 17 Oktober 2023. pic.twitter.com/0lAGoFKJXO
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 7, 2023
Berkelebihan daripada segi kawalan bola yang baik, Mukhairi juga mampu untuk mencipta hantaran-hantaran berbahaya kepada rakan sepasukan lain untuk mencetak gol.
Selain Mukhairi, nama pemain muda lain yang turut dipanggil kali ini termasuklah Azam Azmi Murad, Quentin Cheng, Arif Aiman Hanapi, serta Nooa Laine untuk bergandingan bersama tonggak senior negara.