“Mujur Bawa 28 Pemain” – Seorang Pemain Skuad B-23 Sah Positif Covid-19 Di Kemboja

Mujur kali ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membawa 28 pemain. Ini selepas salah seorang daripada anggota skuad B-23 yang tiba di Kemboja disahkan postif Covid-19 ketika saringan dilakukan di pintu masuk negara berkenaan.

Belum ada kenyataan rasmi dariapda FAM mengenai status jangkitan tersebut, dan siapa pemain yang dimaksudkan. Tetapi laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam telah mengesahkan sekurang-kurangnya seorang pemain telah dikuarantin akibat wabak tersebut.

Semalam 28 pemain skuad kendalian Brad Maloney berangkat ke Phnom Penh untuk menyertai kejohanan Piala AFF B-23 yang akan bermula 14 Februari akan datang.

Sebelum ini Brad Malaney terpaksa melupakan khidmat pemain Terengganu FC, Safwan Mazlan atas sebab yang sama.

Sebagai perbandingan Indonesia terpaksa menarik diri daripada kejohanan tersebut selepas tujuh pemain utama dan seorang kakitangan kejurulatihan disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.

Isu pemain dijangkiti wabak tersebut sehingga menjejaskan prestasi pasukan ketika kejohanan adalah satu perkara yang perlu dielakkan oleh skuad B-23 negara di Kemboja.

Sebelum ini, FAM menerima kritikan apabila hanya menghantar 24 pemain, walaupun dibenarkan mendaftar 30 pemain ke kejohanan Piala AFF 2020 yang berlangsung pada Disember lalu.

Akibatnya pada satu ketika pengendali pasukan pada ketika itu, Tan Cheng Hoe berhadapan dengan krisis kekurangan pemain selepas empat pemain disahkan positif, dan beberapa pemain mengalami kecederaan sehingga tidak dapat diturunkan beraksi.

Mungkin sudah belajar daripada kesilapan lampau, FAM kali ini memastikan Brad Maloney memiliki kumpulan pemain yang mencukupi untuk bertanding di kejohanan Piala AFF B-23 kali ini.

Untuk rekod, dua lagi pesaing utama untuk kejuaraan di Kemboja nanti, Thailand telah menghantar seramai 28 pemain, manakala Vietnam turut mendaftarkan 27 pemain pada kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN