Mufti WP: “Mohamed Salah Contoh Muslim Berjaya Kerana Jaga Solat, Sentiasa Dekat Dengan Tuhan”

Satu post menarik dimuat naik oleh Mufti Wilayah Persekutuan (WP) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi facebook beliau. Hanya selepas sejam dimuat naik, status tersebut sudah dikongsi lebih 1,600 kali.

Beliau tertarik dengan fenomena Mohamed Salah yang berjaya menarik perhatian dunia sehingga ada lirik yang dilagukan orang Barat dengan baik ‘Saya sanggup menjadi muslim juga’.

Mohamed Salah musim ini menikmati musim terbaik dalam hidup beliau di arena bola sepak.

Itu menunjukkan Mohamed Salah telah menjadi watak yang berjaya mengatasi Islamofobia dengan tiada masalah menyebut ayat seperti itu. Sebelum ni ramai golongan Islamofobia yang fobia dengan perkataan seperti Muslim, Islam, Masjid dan sebagainya.

Jadi, tak hairanlah dalam satu penulisan Al-Jazeera mereka menyatakan Salah adalah duta terbaik orang Islam untuk mengatasi (counter back) Islamofobia dan menjadi contoh kepada dunia.

Dalam slot Qalam mufti beliau, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata:

“Jika ada kelapangan, adakalanya saya menyelak helaian belakang akhbar untuk mengikuti perkembangan sukan bolasepak. Sukan yang menyatukan pelbagai bangsa, agama dan negara atas satu semangat kesukanan.”

“Antara personaliti yang menarik minat saya kini adalah bintang Liverpool, Mohamed Salah. Pada mulanya, saya menganggap beliau hanya sebagaimana pemain Muslim lain dalam English Premier League seperti Paul Labile Pogba, Ismail Bennacer, Mesut Özil, Granit Xhaka dan lain-lain.”

“Namun, lirik lagu I”ll be Muslim Too yang dinyanyi penyokong Liverpool untuk Mohamed Salah menyebabkan saya semakin tertarik untuk mendekati beliau.”

“Kejayaan demi kejayaan yang dirangkulnya jika dilihat daripada perspektif yang lebih luas, bukan sahaja kerana kelincahan beliau tetapi juga adalah kerana sikap beliau yang begitu menjaga solat dan hubungannya dengan Allah SWT.”

“Melihat kepada latar belakang hidupnya, benarlah disiplin solat telah berjaya mengubah hidupnya menjadi apa yang anda lihat hari ini.”

MUNICH, GERMANY – Tuesday, August 1, 2017: Liverpool’s Mohamed Salah celebrates scoring the second goal with team-mate Sadio Mane during the Audi Cup 2017 match between FC Bayern Munich and Liverpool FC at the Allianz Arena. (Pic by David Rawcliffe/Propaganda)

“Saya yakin, dengan ledakan 43 gol dalam semua perlawanan bersama Reds musim ini, beliau akan pergi lebih jauh dan cemerlang dengan sikapnya yang memelihara hak Allah SWT sebagai Tuhan dan tuntutan beliau sebagai hamba-Nya.”

“Yakinlah, kejayaan yang hakiki jua bersama dengan hamba-hamba-Nya yang memelihara solat.”

“Sebenarnya, itulah juga yang ingin disampaikan oleh Salah kepada semua penyokong Liverpool yang beragama Islam; kita akan berjaya dengan mengutamakan-Nya dalam semua perkara. Solatlah walau di mana jua kita berada.”

“Akhukum fillah.”

Mohamed Salah ada misi penting minggu ini untuk berjuang bersama Liverpool dalam separuh akhir kedua UCL.

Sebelum ini Jurgen Klopp menyatakan kesemua ahli pasukan lain datang lebih awal ke bilik persalinan untuk membolehkan Mohamed Salah, Sadio Mane dan Emre Can mengambil wuduk.

Klopp juga menyatakan mereka tidak mahu pemain-pemain beragama Islam tidak dapat menunaikan kewajiban seperti mana muslim lain di dunia meskipun jadual bola sepak yang padat.

Semoga terus berjaya Mohamed Salah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN