Mufti WP Mahu Penyokong Malaysia Sambut Tetamu Dengan Akhlak Baik

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sememangnya dikenali sebagai seorang mufti yang sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak tempatan dan antarabangsa.

Gemar berkongsi pendapat berdasarkan pengamatan beliau, bukanlah perkara yang asing bagi rakyat Malaysia.

Dan pada hari ini, perkongsian beliau di laman sesawang pejabat mufti semestinya berkisar kepada kejayaan skuad Harimau Malaya mengumpul tiga mata berharga setelah menewaskan Indonesia 3-2 di perlawanan pertama Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Mufti
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Empat perkara dari kemenangan Harimau Malaya

Menurut Dr. Zulkifli berdasarkan pengamatan beliau, terdapat empat perkara utama yang memberi kemenangan kepada kemenangan skuad kendalian Tan Cheng Hoe.

Empat perkara tersebut ialah:

  • Semua pemain telah berjaya bermain dengan corak permainan yang terbaik serta tenang mengawal emosi sepanjang permainan terutamanya pada separuh masa kedua biarpun ditekan di dalam dan luar padang oleh pemain dan puluhan ribu penyokong Indonesia.
  • Semangat tidak berputus asa semua pemain terutama barisan serangan skuad Harimau Malaya dalam usaha memburu gol sehingga wisel penamat. Sebagai contoh, Syafiq Ahmad, pemain tengah yang kerapkali turun naik akhirnya telah berjaya menjaringkan gol penyamaan kedua hasil tandukannya yang kemas.
  • Kebijaksanaan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe dan pasukan kejurulatihan yang cepat membaca tempo dan taktikal pihak lawan juga kemampuan pemain telah segera membawa masuk Muhamadou Sumareh dimana dia berjaya menjaringkan gol penyamaan pertama dan gol kemenangan skuad Harimau Malaya.
  • Walaupun tampak sedikit gugup dan goyah pada separuh masa pertama, barisan pertahanan skuad Harimau Malaya juga berjaya tampil memperbaiki permainan dan persefahaman di separuh masa kedua. Tahniah Kapten Farizal Marlias, Shahrul Saad, Adam Norazlin dan rakan-rakan yang telah berjaya menidakkan sebarang gol buat Indonesia di separuh masa kedua permainan
Sumareh Malaysia Indonesia 2
FOTO: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Sambut sebagai tetamu

Selepas insiden kekecohan penyokong yang berlaku ketika dan selepas perlawanan di Stadium Gelora Bung Karno pada malam tadi, Mufti Wilayah Persekutuan itu juga tetap mahukan penyokong Harimau Malaya menyambut penyokong lawan sebagai tetamu dengan akhlak yang baik.

“Di kesempatan ini juga ingin kami gunakan untuk menyeru seluruh penyokong Harimau Malaya untuk tampil dengan akhlak yang baik saat kita sebagai tuan rumah melayan penyokong pasukan pelawat nanti.

FAM
Kekecohan penyokong di Stadium Gelora Bung Karno yang dicetuskan penyokong Indonesia.

“Ketinggian akhlak kita cerminan ketinggian mentaliti rakyat berkelas tinggi dunia. Contohilah akhlak dan kebesaran jiwa baginda Rasulullah SAW. Semoga ukhuwah Islamiyah kita akan terus subur. Insya-Allah,” memetik artikel tersebut.

Beliau juga sempat mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dan berharap kemenangan pada malam tadi menjadi bekalan semangat untuk mencatatkan keputusan positif di perlawanan seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN