Mufti Wilayah Persekutuan Terima Cenderahati Jersi Liverpool

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri hari ini menerima kejutan selepas diberikan sehelai jersi pasukan kesayangannya, Liverpool sebagai cenderahati.

Jersi merah itu dihadiahkan oleh sepasang suami isteri yang hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya membawa bayi mereka untuk ditahnik oleh Dr. Zulkifli.

Kredit Foto: Facebook Mufti Wilayah Persekutuan

“Kebiasaannya, pasangan yang datang membawa bayi mereka untuk ditahnik akan membawa cenderahati untuk Pejabat Mufti WP.

“Cuma, cenderahati kali ini agak unik dan cukup sesuai dengan jiwa saya. Terima kasih ya!” ujarnya dalam satu hantaran di akaun Facebook Mufti Wilayah Persekutuan.

Minatnya terhadap juara Eropah itu bukan lagi rahsia selepas beliau beberapa kali memuat naik tulisan memuji dan mendoakan pasukan tersebut menerusi akaun media sosial serta laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Dr. Zulkifli juga sememangnya dikenali sebagai seorang mufti yang sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak tempatan dan antarabangsa. Beliau tidak lokek untuk memberikan nasihat dan pedoman kepada penyokong bola sepak.

Namun begitu, baru-baru ini Pengerusi Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah (ASWAJA) Malaysia, Zamihan Mat Zin memuat naik satu hantaran dalam akaun Facebook miliknya mengecam tindakan ‘seorang mufti’ yang teruja dengan prestasi Liverpool dan mempersoalkan mengenai syarikat yang menaja pasukan tersebut.

Kredit Foto: Facebook

Dalam komen-komen dalam hantaran tersebut, kebanyakan warga netizen menasihati Zamihan agar bersikap lebih bijak dan rasional serta menunjukkan akhlak dan budi bahasa yang mencerminkan keindahan Islam berbanding membuat provokasi murahan.

Bola sepak merupakan sukan yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Oleh yang demikian kita semua seharusnya bersyukur apabila dikurniakan seorang agamawan yang cakna kepada perkembangan bola sepak.

Dengan sikap rendah diri dan pendekatan sederhana, umat Islam sering meminta beliau memberikan nasihat dan pengajaran dalam banyak perkara termasuk penjelasan hukum agama atau garis panduan dalam bersukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN