Mufti WP Kongsi 4 Pengisian Penuh Hikmah Hasil Dari Kemenangan Brazil Lawan Argentina

Mufti

Mufti Wilayah Persekutuan (Mufti WP), Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri sekali lagi mencuri perhatian peminat bola sepak di negara kita dengan pengisian beliau yang penuh hikmah.

Dalam perkongsian beliau di Facebook, Dr. Zulkifli menjadikan kemenangan Brazil ke atas Argentina dalam saingan Copa America 2019 sebagai satu wadah untuk menyebarkan motivasi berasaskan nilai Islam.

Menurut Mufti WP, kemenangan Brazil tempoh hari adalah hasil kerjasama erat antara para pemain negara itu untuk mencapai kemenangan.

Beliau turut memetik kisah bagaimana tewasnya tentera Islam apabila tidak berkerjasama dalam Perang Uhud.

“Bilangan pasukan memanah di Bukit Uhud tidak sampai 10% jumlah keselurhan tentera Islam ketika itu. Namun kesan ketidaksepakatan telah menyebabkan kesan yang besar kepada tentera Islam ketika itu.”

Apa yang menarik dalam pengisian Dr. Zulkifli kali ini adalah analogi gawang dan penjaga gol.

Beliau menggambarkan gawang sebagai iman manusia sementara penjaga gol pula adalah diri kita sendiri yang perlu menjaganya setangkas Alisson Becker ketika menjadi kubu terakhir Brazil.

“Ketangkasan Alisson Becker mengawal gol menyukarkan pasukan Argentina.”

“Iman adalah benteng kita, dengan lemahnya iman mudahlah syaitan dan nafsu untuk menguasai diri.”

Dr. Zulkifli sering mencuri tumpuan peminat bola sepak di negara kita apabila kerap memberikan pengisian berasaskan bola sepak.

Sebelum ini, beliau menjadikan kisah Mohamed Salah dan Sadio Mane sebagai contoh kepada para pengikut media sosialnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN