Kawasaki Frontale menamatkan kempen Muangthong United dengan kemenangan 4-1 pada perlawanan ke-16 peringkat 16 pasukan terakhir.
Sekaligus mara dengan selesa ke suku akhir dengan aggregate 7-2. Dalam 2 pertemuan tersebut Teerasil Dangda tetap mencuri tumpuan dengan menjaringkan 1 gol dalam 2 perlawanan berturut-turut.
Pengurus Muangthong, Totchtawan Sripan memuji semangat juang anak buah beliau. Namun akur dengan misi mustahil dalam perlawanan ini. Sripan berkata:
“Kami harus menjaringkan 3 gol hari ini. Ia bukan tugas mudah. Kami agak menghormati pihak lawan hari ini. Dan pada satu ketika kami terlalu menghormati mereka.”
“Kami tahu betapa bahayanya pemain bernama Kobayashi. Dia mengancam kubu kami walaupun hanya masuk sebagai pemain gantian.”
“Namun bukan dia seorang sahaja pemain bahaya dalam pasukan Frontale. Kami perlu memikirkan tentang ramai lagi pemain berkualiti di sebelah mereka.”
Pengurus Kawaski Frontale, Toru Oniki berkata:
“Kami membawa bekalan 3-1 daripada perlawnaan pertama. Tetapi saya berpesan kepada pemain saya, jangan leka dan cuba untuk menamatkan urusan pada separuh masa pertama dalam perlawanan kedua.”
“Para pemain mengikut arahan dan perancangan dan kami memulakan perlawanan dengan serius sejak awal sepak mula.”
“Kami cuba mengawal tempo perlawanan pada separuh masa kedua walaupun mendahului 3-0. Namun kami ada sedikit terpecah dari segi kepadatan (compactness).”
“Kami cuba mengeluarkan bola segera dari kotak bahaya dan begerak ke hadapan. Misi kami adalah untuk melepasi pusingan kumpulan. Selepas itu cuba melepasi peringkat ini. Kemudian kami akan cuba melepasi suku akhir.”
Ini adalah kali pertama Frontale mara ke suku akhir ACL sejak 2009.
Dalam satu lagi perlawanan Kashima Antlers gagal mengiringi Frontale ke suku akhir. Antlers menang 2-1 dalam perlawanan ke-2 menentang Guangzhou Evergrande.
Namun dalam kedudukan aggregate 2-2, Antlers tersingkir kerana peraturan gol di tempat lawan.
Satu lagi wakil Jepun Urawa Reds akan berhadapan dengan Jeju United esok selepas ketinggalan 2 gol dari perlawanan pertama.