Jose Mourinho Akui Manchester United Akan Dapatkan Khidmat Pemain Tengah Baharu

Manchester United

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berhasrat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah baharu buat kelab tersebut bagi mengurangkan beban yang digalas pemain termahal, Paul Pogba.

Hasrat itu disuarakan Mourinho setelah pemain tengah yang merupakan ketua pasukan United, Micheal Carrick yang akan bersara pada penghujung musim ini bagi menyertai barisan kejurulatihan Manchester United.

Sebelum ini pengendali dari Portugal itu berjaya membawa masuk Paul Pogba dan Nemanja Matic bagi memantapkan jentera tengah pasukan sejak kehadirannya di Old Trafford pada tahun 2016.

Antara pemain yang menjadi pilihan Mourinho untuk dibawa masuk bagi digandingkan dengan dua pemain utama tersebut adalah Sergej Milinkovic-Savic yang beraksi untuk Lazio dan juga bintang Nice, Jean Michael Seri.

”Kami perlu untuk menandatangani pemain tengah baharu kerana kami akan kehilangan Micheal Carrick,” jelas Mourinho sebelum perlawanan Piala FA bertemu Huddersfield Town.

Manchester United
HUDDERSFIELD, ENGLAND – FEBRUARY 17: Manchester United players applauds fans after the The Emirates FA Cup Fifth Round between Huddersfield Town v Manchester United on February 17, 2018 in Huddersfield, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

”Sudah tentu kami perlu untuk mengimbangi pasukan. Saya telah memberitahu kepada anda satu atau dua bulan yang lalu apabila kami bercakap mengenai pasaran perpindahan.”

”Apabila ada diantara kamu yang mengatakan bahawa kami akan membeli penyerang itu, sayap kiri dan sayap kanan. Saya telah memberitahu anda semua dua bulan yang lalu.”

”Anda boleh menuduh saya tentang banyak perkara tetapi anda tidak boleh mengatakan bahawa saya berbohong kepada anda. Apabila saya tidak mahu mengatakan sesuatu, saya tidak akan mengatakannya.”

”Apabila saya memberitahu anda beberapa bulan yang lalu, kami tidak mahu menandatangani mana-mana pemain penyerang serta pemain sayap dan, ya, kami sedang mencari dan berusaha untuk mendapatkan khidmat pemain tengah. Saya telah memberitahu kepada anda pada dua bulan yang lalu.”

Sama-sama kita nantikan pemain tengah mana yang akan menjadi pilihan Mourinho serta siapa yang ingin menjadi sebahagian daripada skuad The Red Devils musim hadapan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN