MSL2019: Perak & Kedah Terikat 1-1 Di Ipoh, Pengadil Alami Kejang Otot Ketika Perlawanan

Aksi tumpuan Liga Super Malaysia 2019 (MSL2019) minggu ini adalah di Stadium Perak, Ipoh apabila Perak melayan kunjungan pasukan Kedah.

Perlawanan ini boleh dikelaskan cukup ‘hidup’ pada separuh masa pertama apabila Perak & Kedah bermain dengan permainan tempo tinggi.

Hal ini dapat dilihat apabila Perak berjaya mendapatkan peluang pertama seawal minit ke-2 apabila gerakan Perak di sebelah kiri berjaya membuka ruang di bahagian kanan untuk Perak.

Firdaus Saiyadi yang mempunyai peluang itu gagal menyudahkan rembatannya apabila rembatannya sekadar terkena sisi jaring.

Kedah turut mendapatkan peluang di hadapan gol apabila Fernando Rodriguez cuba menampan mudah bola itu ke dalam gol pada minit ke-6.

Namun percubaannya itu terus ke arah penjaga gol Hafizul Hakim kerana beliau cukup rapat dengan pemain tuan rumah itu.

Usaha Perak untuk mendapatkan gol terhasil pada minit ke-17 apabila separa-voli dari Brendan Gan dari luar kotak berjaya menewaskan Ifwat Akmal.

Namun begitu, pendahuluan Perak itu tidak lama apabila 4 minit kemudian Renan Alves berjaya menyamakan kedudukan selepas Hafizul gagal menangkap kemas bola di udara.

Bola yang jatuh ke kaki Alves itu kemudiannya dirembat kencang pemain itu ke dalam pintu gol Perak.

Perlawanan ini juga menyaksikan pengadil perlawanan, Hamdan Awang terpaksa bertindak tegas apabila kedua-dua pasukan beraksi kasar sesama sendiri.

Gambar: Perak FA

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan meneruskan permainan tempo tinggi untuk mendapatkan gol kedua.

Situasi luar biasa berlaku pada minit ke-67 apabila pengadil perlawanan, Hamdan Awang mengalami kekejangan otot.

Hal ini menyebabkan perlawanan tertangguh lebih 15 minit kerana terdapat isu mengenai pengadil ke-4 yang berasal dari Perak.

Aksi kemudiannya disambung selepas kedua-dua pasukan bersetuju untuk membolehkan Halim Ramlan yang merupakan pengadil ke-4 menjadi pengganti Hamdan.

Selepas permainan disambung, perlawanan terus dihujani dengan kekasaran demi kekasaran yang memaksa pengadil memberhentikan permainan.

Ianya jelas menrencatkan momentum perlawanan.

Kedah memperoleh 2 peluang terbaik di penghujung permainan apabila Fernando Rodriguez melakukan percubaan berganda ke arah gol Perak.

Namun begitu, Amirul Azhan cukup ampuh apabila berjaya menghalang kedua-dua percubaan itu.

Secara keseluruhan, perlawanan ini mempunyai pelbagai rencah dari segi tempo permainan rancak dari kedua-dua pasukan, kekasaran yang tiada henti dan juga insiden pengadil alami kecederaan ketika perlawanan berlangsung.

1 mata dianggap adil untuk kedua-dua pasukan berdasarkan persembahan yang ditunjukkan oleh mereka.

Keputusan penuh, Perak 1-1 Kedah.

Kesebelasan utama

Perak: Hafizul Hakim (penjaga gol), Shahrul Saad (ketua pasukan), Zac Anderson, Leonardo Dos Santos, Gilmar Da Silva, Wander Luiz, Brendan Gan, Firdaus Saiyadi (Khairil Anwar 75′), Nor Hakim Hassan (J. Partiban 45′), Nazirul Naim, Amirul Azhan (Rafiuddin Rodin 28′)

Kedah: Ifwat Akmal (penjaga gol), Renan Alves, Anmar Almubaraki (N. Thanabalan 80′), Baddrol Bakhtiar (ketua pasukan), Zaquan Adha (Farhan Roslan 76′), Fernando Rodriguez (Syahrul Azwari 90+2′), Jonathan Bauman, Shakir Hamzah, Rizal Ghazali, Fadzrul Daniel, Alif Yusof

Pegawai perlawanan

  • Pengadil: Hamdan Awang
  • Penolong pengadil 1: Shahreen Omar
  • Penolong pengadil 2: Juhairi Idris
  • Pengadil ke-4: Halim Ramlan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN