MSL2019: 1 Gol, 1 ‘Assist’ Nwakaeme Bantu Pahang Tewaskan Terengganu Dan Berada Di Puncak Liga

Pertemuan Pahang dan Terengganu adalah perlawanan tumpuan pada hari ini. Pahang dalam misi meneruskan rentak kemenangan mereka. Manakala Terengganu mahu mencari kemenangan sulung mereka musim ini.

Pahang melancarkan serangan sebaik sahaja sepak mula perlawanan. Mereka menyasarkan serangan menerusi Sumareh dan juga Dickson Nwakaeme. Sistem tekanan awal oleh Pahang ini membuatkan Terengganu sukar untuk memiliki penguasaan bola.

Selepas beberapa kali menyerang, gandingan Mohamadou Sumareh dan Dickson Nwakaeme meletakkan Pahang di hadapan pada minit ke-12.

Sumareh melakukan hantaran lintang leret ke dalam kotak penalti. Bola gagal dikeluarkan oleh pertahanan dan penjaga gol Terengganu.

Pada minit ke-21, Wan Azraei terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan. Beliau digantikan dengan Ilham Abdullah.

Dickson kemudian berpeluang untuk menembusi pintu gol Ilham. Dalam keadaan 3 vs 3, Dickson cuba menyerang ruang di ‘byline’ dan tidak menghantar bola kepada 2 rakannya. Namun sentuhan Dickson terlalu kuat.

Tidak lama selepas itu, Sumareh sekali lagi cuba mencipta peluang gol dengan hantaran leret dari kanan. Namun gagal menemui Ze Love dan berjaya dimatikan oleh lawan.

Pada 10 minit terakhir separuh masa pertama, Terengganu cuba mencari gol penyamaan dengan naik lebih ke atas. Namun mereka kurang kreativiti dan permainan kombinasi di atas.

Pahang mengakhiri separuh masa pertama dengan 1 gol di hadapan. Walaupun mereka mungkin boleh menambah 1 lagi gol pada minit akhir – namun sepakan percuma Ze Love terkena palang.

6 minit bersambung babak kedua, Goulon Herold meletakkan Pahang 2 gol di hadapan menerusi tandukan – hasil umpanan sepakan penjuru oleh Saddil Ramdani.

Terengganu terus berjuang untuk mencari gol pada separuh masa kedua. Namun mereka masih sukar untuk menembusi pertahanan Pahang.

Ketika aksi hampir menuju ke penamat, pemain gantian, Norshahrul Idlan Talaha menambah satu lagi gol pada masa kecederaan, hasil umpanan Dickson Nwakaeme.

Tamat perlawanan, Pahang menang 3-0. Tok Gajah mencatatkan kemenangan ke-2 daripada 2 perlawanan pertama. Terengganu setakat ini masih belum menang – dengan 1 kekalahan dan 1 seri.

Pahang berada di puncak liga, dengan berkongsi mata dengan JDT. Namun Pahang ada kelebihan perbezaan jaringan.

Kredit featured image: Supporter Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN