Jika statistik perlawanan pada musim lalu diambil kira, Negeri Sembilan boleh menarik nafas lega apabila memenangi pertemuan di Paroi dengan jaringan 2-1.
Namun demikian tidak ada di antara kedua-dua pasukan mampu melakukan dominasi sepenuhnya apabila Kuala Lumpur menewaskan lawan yang sama 3-2 di halaman sendiri.
Itu cerita di 100Plus Liga Premier. Setelah satu perlawanan, kedua-dua pasukan masih mencari tonik kemenangan untuk mengharungi baki cabaran di unifi Liga Super Malaysia 2018.
Negeri Sembilan tunduk kepada PKNP FC, manakala Kuala Lumpur ditewaskan 2-0 oleh Selangor di dalam derbi Lembah Klang pada minggu pertama MSL 2018.
3 mata pasti menjadi buruan anak buah Jorg Peter, tatkala Fabio Jaoquim Da Silva menharapkan penambahan Achmad Jufriyanto mampu megubah nasib skuad warga kota untuk bangkit.
Separuh masa pertama
Negeri Sembilan bermula dengan garang apabila melakuan serangan pantas dan melakukan percubaan melalui Flavio Beck Jr, namun liar melewati palang.
Selepas itu, kedua-dua pasukan cuba mengawal bahagian tengah. Kuala Lumpur kelihatan lebih cepat menyesuaikan diri dengan permainan, apabila mengawal permainan dengan hantaran-hantaran pendek.
Namun demikian, Negeri Sembilan mengamitkan keadaan di Paroi apabila larian Nicolas Velez pada minit ke-12, pantas dihidu oleh Kim Dohean.
Kapten Negeri Sembilan tersebut lantas menghantar satu bola lambung melepasi 4 pertahanan Kuala Lumpur untuk mencari Velez, yang mudah menewaskan Kamarul Effendi pada minit ke-12 perlawanan.
Kuala Lumpur tidak berdiam diri apabila turut cuba untuk mengancam kubu Negeri Sembilan melalui larian-larian Ashri Chuchu, Achmad Jufriyanto dan juga Juninho, namun berjaya dikekang barisan pertahanan Negeri Sembilan yang berdisiplin.
Kecuaian benteng Kuala Lumpur pada minit ke-32 sekali lagi menghukum skuad warga kota, apabila Khairul Izuan bijak mengeksplotasikan ruang di bahagian half-space, sebelum hantaran beliau, disambar oleh Velez untuk meletakkan skuad Negeri Sembilan 2-0 dihadapan.
Separuh masa kedua bermula, Negeri Sembilan terus mengancam kubu Kuala Lumpur melalui larian-larian Khairul Izuan dari sebelah kiri.
Hisyamudin Sha’ari menjadi pemain pertama dilayangkan kad kuning pada minit ke-53 perlawanan selepas terjahan keras terhadap Mony Udom.
Selepas Hisyamudin, Izuab Salahudin yang dimasukkan bagi menggantikan Nicolas Velez pada waktu rehat separuh masa turut dilayangkan kad kuning kerana terjahan terhadap Paolo Josue.
Percubaan dari bola mati oleh Indra dan juga Juninho turut tidak mampu dimanfaatkan oleh Kuala Lumpur yang memburu gol sulung perlawanan.
Kuala Lumpur terus cuba mengancam kubu Negeri Sembilan, namun disiplin di bahagian pertahanan diketuai oleh Renars Rode kekal utuh dalam mempertahankan kubu.
Kuala Lumpur lebih banyak mengawal perlawanan di babak kedua ini, namun gagal menemui penyudah, tatkala Flavio Beck Jr sekali sekala berjaya meloloskan bola kepada Izuan Salahudin atau pun Khairul Izuan untuk memanipulasi bahagian sisi pertahanan Kuala Lumpur.
Kedudukan bagaimanapun kekal Negeri Sembilan 2 Kuala Lumpur 0, untuk tiga mata pertama buat skuad Hobin Jang Hobin.
Negeri Sembilan: Saiful Amar Sudar (PG), Rizal Fahmi, Flavio Beck Jr., Nicolas Velez (45′ Izuan Salahuddin), Aizulridzwan Razali, Mohd Noor Hazrul, Khairul Izuan, Faizal Abu Bakar, Mony Udom (71′ Ferris Danial), Renars Rode, Dohean Kim (K)
Kuala Lumpur: Kamarul Effandi (PG), Junior De Sauza, Guilherme De Paula, Ashri Chu Chu, Bobirjon Akbarov, Achmad Jufriyanto (45′ Irfan Zakaria), Indra Putra (K), Hisyamudin Mohamad (80′ Ibrahim Syaihul), Azmeer Yusof, Hafiz Johar(67′ Zaiful Hakim), Paulo Josue
Pengadil: Suhaimi Mat Hasan
Penolong Pengadil 1: Muhammad Zairul Khalil Tan
Penolong Pengadil 2: Mohd Zairol Md. Nor