Pengendali pasukan Selangor, B Satiananthan jelas sekali tidak begitu gemar dengan karakter Leandro Dos Santos di atas padang.
Satiananthan menganggap Dos Santos sebagai pemain yang suka berkelakuan yang membuatkan pemain lawan rimas kerana provokasi yang seringkali dicetuskannya.
Lantas, B Satiananthan mahu pengadil lebih tegas dan perlu memainkan peranan mereka ke atas pemain tersebut.
Bercakap kepada Nadi Arena, B Satiananthan berkata: “Pemain Selangor sudah mempunyai pengalaman jadi kami tidak perlu memikirkan macam mana perangai Leandro.”
“Saya harap pengadil tahu kerana dialah yang akan membuat keputusan.”
Seterusnya B Satiananthan meningatkan para pemainnya agar waspada dengan ancaman Guilherme De Paula yang menurut beliau pemain yang memiliki kualiti yang sangat baik.
Agenda naturalisasi ketiga menuntut penyerang Perak itu mempamerkan aksi terbaiknya, lantaran itu Sathianathan enggan anak buahnya sekadar menjadi uji kaji De Paula.
Selain itu, B Satiananthan percaya bahawa De Paula mahu membuktikan kepada ramai pihak bahawa beliau selayaknya menjadi pemain naturalisasi.
“Dia seorang pemain yang memberi dimensi yang baru untuk Perak. Dia juga ingin membuktikan bahawa tidak rugi Malaysia mengambilnya sebagai pemain naturalisasi,” tambah beliau lagi.
Aksi Selangor dengan pasukan Perak menjadi perlawanan tumpuan pada malam ini.
Ianya akan dilangsunkan di Stadium Nasional Bukit Jalil berikutan isu keselamatan di Stadium Shah Alam.