MSL: Sarawak Bangkit Di Kuching, Kelantan Terjerumus Ke Zon Penyingkiran!

Pertarungan Sarawak di Kedah adalah perlawanan yang sangat penting untuk pasukan Sarawak. Rekod buruk skuad Sarawak di Kuching pastinya meresahkan penyokong mereka. Lebih-lebih lagi mereka berhadapan dengan pasukan kuat seperti Kedah.

Ken Ilso meletakkan pasukan Lang Merah di hadapan padak baba awal separuh masa pertama. Ilso terus menjadi peledak yang berbisa.

Kedah terus menambah gol menerusi watak yang sentiasa memberikan inspirasi kepada Lang Merah iaitu, Baddrol Bakhtiar.

Namun kebangkitan Sarawak bermula pada minit ke-53 apabila pemain muda Syamie Izuan. Tidak lama selepas itu Mateo Roskam menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.

Mateo Roskam meletakkan Sarawak di hadapan buat pertama kali menerusi jaringan kedua peribadi beliau pada minit ke-64.

10 minit kemudian, Baddrol Bakhtiar pula dibuang padang dan Kedah bermain 10 pemain untuk baki 15 minit perlawanan.

Sarawak megunci rapat 3 mata di Stadium Negeri dengan gol ke-4 pada minit ke-78 menerusi pemain pertahanan Hairol Mokhtar.

Kemenangan ini membolehkan pasukan Sarawak kekal dalam persaingan untuk mengekalkan status Liga Super.

Ini adalah kekalahan ke-3 berturut-turut pasukan Kedah dalam saingan Liga Super 2017. 2 perlawanan sebelum ini mereka tewas di tangan Felda United dan juga Pahang.

Ini adalah kemenangan ke-2 Sarawak dalam 7 perlawanan terakhir liga dengan 5 lagi berakhir kekalahan. Kini misi Sarawak adalah untuk menang ke atas T-Team dalam perlawanan terakhir Liga Super mereka musim ini.

Kelantan di zon penyingkiran!

Photo by Safwan Rozi / www.asiana.my.

Dalam perlawanan di antara Kelantan dan PKNS di Kota Bharu, pasukan TRW gagal menewaskan PKNS dalam aksi yang tumpul di hadapan gol.

Skuad Zahasmi Ismail bermula baik di dalam perlawanan ini, namun PKNS menunjukkan peningkatan ketara selepas 20 minit.

Banyak percubaan dari jarak jauh dilakukan oleh pasukan Kelantan menandakan yang pasukan ini ada masalah kreativiti. Mereka gagal mencipta sebarang percubaan tepat pada separuh masa pertama.

Kecemerlangan Khairul Fahmi berjaya memastikan gawang Kelantan tidak dibolosi. Zahasmi Ismail melakukan pertukaran taktikal dengan sistem bek bertiga pada akhir perlawanan.

10 minit terakhir perlawanan, perlawanan menjadi lebih rancak dengan sering berbalas serangan oleh kedua-dua pasukan.

Gurusamy hampir memberikan gol kemenangan namun percubaan beliau terkena palang gol. Kelantan juga ada satu percubaan yang terkena palang gol.

Kelantan kini berada di zon penyingkiran. Kelantan akan berhadapan dengan sebuah lagi pasukan yang baru mengesahkan status Liga Super musim hadapan iaitu Melaka.

Ini adalah kali ke-9 berturut-turut pasukan Kelantan gagal mencipta kemenangan. 6 kalah dan 3 seri dicatatkan. Kelantan nampaknya ada kerja rumah yang banyak minggu ini.

Kredit foto: Persatuan Bola Sepak Kedah (Kecuali dinyatakan)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN