MSL 2020: UiTM FC Sasar Tamatkan Musim Pertama Di Kelompok Enam Teratas

UiTM FC

Aksi terakhir dengan Sabah pada saingan CIMB Liga Super masih mempunyai 1001 makna buat ketua pasukan UiTM FC, Muhd Faizal Mohd Arif yang berharap mereka mampu sekurang-kurangnya mengutip satu mata dalam perlawanan itu bagi meletakkan  skuad ’The Lions Troop’ itu berada di tangga keenam liga.

Jika ia menjadi kenyataan, Faizal mengakui situasi itu bakal meletakkan UiTM FC berada dalam laluan sedikit mudah bagi merintis jalan yang lebih jauh dalam pentas TM Piala Malaysia.

Perkara itu berikutan UiTM FC akan berada dalam kalangan lapan pasukan pilihan termasuk dua pasukan teratas Liga Premier, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bagi berdepan empat pasukan CIMB Liga Super dari kedudukan 7 hingga 11 dan 3 hingga 5 dari Liga Premier.

“Selagi pertemuan dengan Sabah belum berlangsung, maka saya dan rakan-rakan belum lagi mahu memikirkan lagi saingan TM Piala Malaysia kerana peluang kami dalam saingan itu nanti banyak bergantung terhadap keputusan dengan Sabah.

“Jika kami mampu menang atau sekurang-kurangnya keputusan seri, saya rasa peluang kami mungkin akan lebih baik dalam saingan TM Piala Malaysia kerana di pusingan awal , kami dapat mengelakkan pasukan-pasukan pilihan.

“Saya tidak kata memandang rendah saingan pasukan dari balang kedua itu nanti cuma setidak-tidaknya situasi itu akan memberikan sedikit kelegaan pada kami serta tidak merasai tekanan yang tinggi untuk mencari kemenangan, ” katanya.

Perlawanan Sabah dan UiTM FC yang sepatutnya berlangsung pada 18 Oktober lalu terpaksa dipinda ke 31 Oktober berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan aksi itu akan berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam.

Pindaan itu merupakan kali kedua selepas perlawanan asal sepatutnya berlangsung pada 10 Oktober di Stadium Likas, Kota Kinabalu namun kes mendadak yang dicatatkan di Kota Kinabalu membuatkan perlawanan itu tidak dapat diadakan di sana.

Kedudukan Sabah yang berada di tangga ke-10 sudah terjamin untuk kekal di pentas CIMB Liga Super musim depan dan sebarang kemenangan hanya meletakkan pasukan itu naik ke tangga kesembilan bagi memintas Melaka.

Dalam pada itu, Faizal tidak menafikan kekalahan 2-4 pada perlawanan terakhir dengan PJ City FC sedikit sebanyak ada menggugat keyakinan rakan sepasukannya dan berharap mereka mampu konsisten dalam tiap perlawanan.

“ Kami sepatutnya boleh menang dalam perlawanan terakhir itu tetapi apa yang terjadi kami akan jadikan pengajaran agar sentiasa berhati-hati dalam tiap perlawanan.

“ Memang prestasi kami kebelakangan ini ada turun naik dan bagi saingan Piala Malaysia, jika kami mahu melangkah jauh, kami perlu perbaiki segala kelemahan yang ada, “ katanya.

Benteng UiTM bolos sebanyak tujuh kali dalam dua perlawanan terakhir CIMB Liga Super termasuk seri 3-3 bertemu Selangor.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN