MSL 2020: Penalti Cabrera Elak JDT Dari Dimalukan PJ City

Aksi CIMB Liga Super 2020 (MSL 2020) diteruskan dengan PJ City bertemu dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu sesama sendiri di Stadium MBPJ, Petaling Jaya.

Dilangsungkan dalam keadaan hujan, PJ City cuba untuk memberikan tentangan sengit kepada JDT walaupun pada 10 minit pertama menyaksikan mereka hampir mendahului menerusi sepakan percuma Safawi Rasid.

Sepakan percuma dari kawasan tepi padang sebelah kiri gol PJ City digunakan oleh Safawi dengan melakukan tendangan terus ke gawang gol.

Mujur untuk PJ City apabila Kalamullah Al-Hafiz berjaya menolak semula bola itu keluar dari bahagian bahaya.

Kalamullah sekali lagi menjadi penyelamat PJ City apabila sekali lagi menyelamatkan sepakan percuma Safawi yang diambil dari kawasan kira-kira 25 meter dari pintu gol.

JDT dipaksa melakukan pertukaran awal pada minit ke-23 dengan mengeluarkan Fadhli Shas dan digantikan oleh Adam Nor Azlin selepas pemain itu mengalami kecederaan.

Kalamullah sekali lagi menjadi punca kepada kegagalan Safawi menjaringkan gol apabila penjaga gol itu menepis bola voli dari luar kotak penalti pemain itu dengan cukup baik.

PJ City juga turut dipaksa melakukan pertukaran awal pada minit ke-28 apabila Anawin Jujeen digantikan oleh Mahali Jasuli kerana kecederaan.

Pada minit ke-35, Safawi berjaya juga menewaskan Kalamullah apabila berjay menembusi pertahan dan dengan kaki kiri beliau dengan mudah menyudahkan bola melepasi Kalamullah.

Namun dua minit kemudiam, PJ City berjaya menyamakan kedudukan selepas hantaran dari Mahali Jasuli menemui rakannya di dalam kotak penalti iaitu K. Barathkumar.

Tolak awal terkena tiang, tetapi mujur Christie Jayaseelan ada di depan gol untuk menolak mudah bola ke dalam gawang Farizal Marlias.

PJ City dihadiahkan sepakan penalti selepas Farizal menjatuhkan Washington Brandao dalam masa kecederaan.

K. Gurusamy berjaya menewaskan Farizal walaupun penjaga gol kebangsaan itu berjaya meramal ke mana bola itu hendak dihalakan. PJ City mendahului 2-1 di masa kecederaan.

JDT kemudiannya diberikan sepakan penalti dalam masa kecederaan selepas Safawi pula dijatuhkan dalam kotak penalti.

Gonzalo Cabrera memastikan sepakannya menjadi sepakan terakhir di separuh masa pertama, dan ianya menghasilkan gol buat pelawat.

Separuh masa kedua menyaksikan JDT terus menekan gear tinggi untuk mendapatkan gol pendahuluan.

Akan tetapi, kubu PJ City terus kental bertahan walaupun Diogo Santo dan Leandro Velazquez mempunyai percubaan baik untuk mendahului.

Perlawanan yang dilangsungkan dalam waktu hujan ini jelas begitu sukar untuk pemain kedua-dua pasukan kerana dilihat beberapa pemain sering terperangkap akibat kecederaan.

JDT terus cuba untuk menemus ke dalam pintu gol PJ City namun usaha mereka jelas sekali tidak berjaya.

Washington jelas menjadi ancaman utama JDT dengan beliau menjadi harapan tunggal tuan rumah untuk menyerang balas.

Keputusan PJ City untuk bertahan jelas menyebabkan penyerang import itu terpinggir di kawasan lawan.

Secara keseluruhannya, PJ City menunjukkan usaha yang cukup hebat untuk menghalang JDT dari meraih kemenangan dan mereka berjaya melakukannya.

Satu mata diraih tuan rumah berjaya memberikan harapan untuk terus kekal di Liga Super.

Sementara satu masa untuk JDT menangguhkan sebentar apa yang pasti iaitu kejuaraan mereka.

Keputusan penuh, PJ City 2-2 JDT.

Kesebelasan utama

PJ City: Kalamullah Al-Hafiz (penjaga gol), Aroon Kumar, Elizeu Batista, Washington Brandao, R. Barathkumar, Anawin Jujeen, P. Rajes, Christie Jayaseelan, Amer Saidin, Filemon Standly, K. Gurusamy (ketua pasukan)

Johor Darul Ta’zim: Farizal Marlias (penjaga gol), Afiq Fazail, Aidil Zafuan (ketua pasukan), Diogo Santo, Gonzalo Cabrera, Leandro Velazquez, La’vere Corbin-Ong, Fadhli Shas, Safawi Rasid, Natxo Insa, Mauricio Dos Santos

Pegawai perlawanan

Pengadil: Nazmi Nasaruddin
Pembantu pengadil 1: Hariff Akhir
Pembantu pengadil 2: Farhan Abdul Aziz
Pengadil ke-4: Ghafar Zabri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN