MSL 2020: MFL Umum Pindaan Tarikh Perlawanan Terakhir

MSL 2020

Malaysian Football League (MFL) membuat keputusan untuk meminda tarikh perlawanan CIMB Liga Super melibatkan Sabah dan UiTM FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu disebabkan Kota Kinabalu telah diisytihar zon merah COVID-19.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, selain itu, pindaan jadual perlawanan turut membabitkan pertemuan Perak menentang Kedah di Stadium Perak, Ipoh dan Terengganu FC (TFC) menentang Pahang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak berdasarkan faktor perebutan tempat kedua CIMB Liga Super 2020 dan perlawanan menentukan kedudukan bagi undian TM Piala Malaysia.

Jelas Dato’ Ab Ghani Hassan, perlawanan Perak menentang Kedah dan TFC bertemu Pahang yang sebelum ini dijadualkan pada 10 Oktober 2020 (Sabtu), telah dipinda pada 11 Oktober 2020 (Ahad).

“Manakala venue bagi perlawanan di antara Sabah melawan UiTM FC pada 10 Oktober 2020 di Stadium Likas, Kota Kinabalu akan dimaklumkan kelak berikutan bandaraya Kota Kinabalu telah diisytihar sebagai zon merah dan telah menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

“Lanjutan daripada itu, pihak Sekretariat MFL sedang mengadakan perbincangan dengan kedua-dua pasukan bagi penjadualan semula dan tarikh itu akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat sebelum undian TM Piala Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Dato’ Ab Ghani memaklumkan bahawa pindaan jadual pertandingan CIMB Liga Super 2020 ini akan menyebabkan perubahan tarikh sepak mula bagi pertandingan TM Piala Malaysia 2020 peringkat pusingan pertama 16 pasukan.

Susulan pindaan jadual itu menyaksikan undian TM Piala Malaysia 2020 yang sebelum ini diadakan pada 12 Oktober 2020 ditunda pada 19 Oktober 2020 sebelum kejohanan paling tertua di Asia Tenggara itu membuka tirai pada 25 dan 26 Oktober 2020 berbanding jadual asal pada 16-18 Oktober 2020.

Penangguhan itu juga dibuat selepas MFL amat prihatin dengan situasi semasa pandemik COVID-19 di negara yang agak membimbangkan apabila menunjukkan peningkatan kes.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan keadaan semasa COVID-19 yang sedang meningkat dan MFL berprihatin kepada permasalahan yang berlaku,” katanya.

Kredit featured image: Arena Seladang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN