Pasukan Selangor berjaya mengikat Melaka United 1-1 dalam aksi CIMB Liga Super 2020 (MSL 2020) yang dilangsungkan di Stadium UiTM, Shah Alam.
Dalam perlawanan yang dilangsungkan dengan cukup menarik sejak dari wisel permulaan menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk mencari gol.
Walaupun Selangor yang terlebih dahulu menghadirkan ancaman menerusi Brendan Gan, namun Melaka United yang lebih mengundang bahaya apabila gabungan Uche Agba dan Sonny Norde apabila terdapat percubaan yang terkena tiang.
Disaat separuh masa pertama hampir tamat, Melaka United berjaya mendapatkan jaringan Agba menyempurnakan rembatan dari luar kotak penalti selepas menerima bola dari balingan ke dalam.
Tersentak dengan keadaan itu, Selangor menunjukkan respon yang cukup hebat apabila mereka terus menyamakan kedudukan selepas memboloskan gol.
Bermula dari gerakan K. Prabakaran dari sebelah kiri, bola tolakan Ifedayo Olesegun kepada Sandro Da Silva ruang yang cukup selesa untuk menjaringkan gol penyamaan.
Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan berterusan berusaha mencari gol untuk mendapatkan gol kemenangan.
Kedua-dua barisan serangan yang diterajui oleh Sandro, Ifedayo (Selangor) serta Agba dan Norde (Melaka United) menghasilkan pelbagai serangan namun begitu penyudah yang cukup tajam yang dicari-cari tidak pernah hadir.
Tempo permainan pantas yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan dibawa hingga ke penghujung permainan dan itu jelas sekali mendorong kepada keputusan pemain untuk mengambil tindakan yang diluar batasan untuk memastikan pihak lawan tidak menjaringkan gol.
Itu yang terjadi selepas Brendan Gan yang melakukan tactical foul dimasa kecederaan yang kemudiannya mendorong kepada pengadil untuk memberikan kad kuning kedua kepadanya sekali gus kad merah.
Sebaik Gan dibuang padang, Melaka United mendapat peluang terbaik untuk membawa tiga mata apabila Agba melakukan satu rembatan voli ke arah gol tetapi ianya sipi dari sasaran gol.
Secara keseluruhannya, kedua-dua pasukan menujukkan usaha yang jelas dalam misi mendapatkan gol namun ianya gagal menemui hasil yang diharapkan.
Tidak hairanlah jika B. Satiananthan dan Zainal Abidin Hassan kedua-duanya merasakan mereka lebih kehilangan dua mata berbanding mendapatkan satu mata selepas perlawanan.
Keputusan penuh, Selangor 1-1 Melaka United.
Kesebelasan utama
Selangor: Khairulazhan Khalid (penjaga gol), Taylor Regan (ketua pasukan), Ifedayo Olesegun, Halim Saari, K. Prakabakaran, Syahmi Safari, Safuwan Baharuddin, Syazwan Zainon, Nicholas Swirad, Sandro Da Silva, Brendan Gan
Melaka United: Khairul Fahmi Che Mat (penjaga gol), Jang Sukwon, Uche Agba, Romel Morales, Syamim Yahya, Razman Roslan (ketua pasukan), Khairul Anwar, Saiful Ridzwan Selamat, Wan Amirul Afiq, Ferris Danial, Sony Norde
Pegawai perlawanan
- Pengadil: Nafeez Abd Wahab
- Pembantu pengadil 1: Junaidy Abd Samad
- Pembantu pengadil 2: Hanafi Jamaluddin
- Pengadil ke-4: Ghafar Zabri