Reputasi Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai gergasi bola sepak tempatan tenyata belum mampu digugat apabila beroleh kemenangan keenam CIMB Liga Super dengan membenam Terengganu FC (TFC) 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
Jaringan pada awal permainan oleh bekas pemain Terengganu, Safawi Rasid memberikan tiga mata penuh bagi mengukuhkan cengkaman Southern Tigers di persada liga selepas tujuh perlawanan.
JDT turun dengan kekuatan penuh mereka terutama barisan kesebelasan utama yang terdiri daripada pemain-pemain terbaik mereka. Trio serangan, Gonzalo Cabrera, Diogo Luis Santo dan Safawi Rasid membentuk trio serangan utama sementara Aidil Zafuan selaku kapten bergandingan dengan Mauricio Dos Santos di bahagian pertahanan.
CIMB LIGA SUPER MALAYSIA 2020 | 11 SEPTEMBER 2020
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 11, 2020
Starting Lineup
TERENGGANU FC vs JOHOR DARUL TA'ZIM
Full list at https://t.co/JaVSdaKfK0 pic.twitter.com/iyHQdNgcSn
Skuad Penyu pula terus mengharapkan ketajaman penjaring terbanyak Liga Super, Dominique da Silva dan dibantu oleh Lee Tuck serta Sanjar Shaakhmedov untuk memacu bahagian serangan.
🏴🏳️KESEBELASAN UTAMA PASUKAN TERENGGANU FC MENENTANG JOHOR DARUL TA'ZIM
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) September 11, 2020
Pemain simpanan : Faiz Nasir I Hairiey Hakim I Azam Murad I Saarvindran I Sharin Sapien I Nasrullah Hanif I Nasir Basharudin I Darren Lok I Ilham (GK)#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite#CIMBLigaSuper2020 pic.twitter.com/1ftkA4sWBE
Bagaimanapun, seawal minit ke-5, JDT sudah pun menyerlahkan taringnya dengan gol pendahuluan menerusi penyerang kebangsaan, Safawi Rasid berpunca daripada salah faham pertahanan import TFC, Argzim Redzovic yang membuat hantaran ke belakang dan gagal dibaca oleh penjaga gol Shamirza Yusoff.
Penyerang JDT yang berasal dari Dungun itu bijak mengambil kesempatan dengan mudah menolak masuk gol keduanya musim ini.
Beberapa minit sebelum itu, pertahanan TFC, Arif Fadzilah Abu Bakar juga melakukan kesilapan apabila terlepas bola selepas diasak Diogo, namun percubaan penyerang import dari Brazil itu tersasar ke sebelah kanan pintu gol.
5' | GOL SAFAWI RASID!@OfficialJohor membuka tirai jaringan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menerusi jaringan Safawi Rasid.#CIMBLigaSuper2020#TERJDT#MFLLive pic.twitter.com/A7ZV8VSf2P
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 11, 2020
Perlawanan sedikit hangat apabila Dominic Da Silva mengangkat kaki tinggi sehingga mengenai dada Natxo Insa ketika perubatan bola di udara dan berlaku pergaduhan mulut antara pemain kedua-dua pasukan. Pengadil kemudian melayangkan kad kuning kepada penyerang Mauritania tersebut.
JDT kemudian beroleh beberapa peluang untuk menambah jaringan, namun pertahanan tuan rumah cekal bertahan dan sesekali giliran TFC mengasak kubu pasukan pelawat sehinggalah tamat separuh masa pertama.
Babak kedua perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.
Benjamin Mora mula membuat pertukaran dengan memasukkan penyerang muda sensasi, Ramadhan Saifullah dan mengeluarkan penjaring gol, Safawi pada minit ke-65.
65’ SUBSTITUTION
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 11, 2020
Ramadhan IN
Safawi OUT#TERvJDT #MSL2020
Hasrat Terengganu untuk bangkit pada separuh masa kedua tidak kesampaian dan tiada tambahan jaringan sehingga pengadil perlawanan, Wan Mohamad Tarmizi Wan Ibrahim meniupkan wisel penamat.
Selepas merekodkan kemenangan keenam musim ini, JDT kini selesa di puncak Liga Super dengan 19 mata mengatasi Perak di tangga kedua dengan kelebihan lapan mata.
Memandangkan saingan MSL telah dipendekkan kepada hanya 11 perlawanan, JDT kini hanya memerlukan dua kemenangan sahaja lagi untuk mengesahkan kejuaraan liga buat kali ketujuh berturut-turut.
CIMB LIGA SUPER MALAYSIA 2020 | 11 SEPTEMBER 2020
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 11, 2020
Full Time
TERENGGANU FC [0-1] JDT
(Safawi Rasid 5')
More photos at https://t.co/U37hjV1WoD#TERvJDT#CIMBLigaSuperMalaysia#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/iPGorXYfhG
Setakat ini Felda United hanya satu-satunya pasukan yang berjaya mencuri mata dari juara bertahan tersebut.
Kredit Foto: Johor Southern Tigers
Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak tempatan: