Perlawanan tumpuan untuk Liga Super pada minggu ini pastinya di antara Pahang dan Kedah. Stadium Darul Makmur dibanjiri oleh penyokong yang mahu menyaksikan pertemuan di antara pasukan di tempat ke-2 dan ke-3.
Ultras Elephant Army sempat memberikan penghormatan kepada keluarga mangsa nahas MH370.
https://twitter.com/OfficialPahang/status/1104014739665936384?s=19
Pahang memiliki peluang keemasan untuk
berada di hadapan apabila Baddrol Bakhtiar menjatuhkan Dickson Nwakaeme di dalam kotak penalti. Namun malangnya Norshahrul Idlan Talaha gagal menyempurnakan penalti tersebut.
Helmi Eliza kemudiannya bertindak cemerlang menafikan sepakan percuma daripada Jonathan Baumann.
Kedah ternyata sangat stabil ketika bertahan dan menyukarkan gerakan serangan pasukan Pahang. Separuh masa pertama berakhir 0-0.
Pada separuh masa kedua Kedah mendapat 2 peluang awal menerusi 2 sepakan penjuru. Malangnya Fernando Rodriguez dan Baddrol Bakhtiar mempesiakan peluang yang ada.
Pahang kemudian memperkemas rentak dan mendapat 2 peluang namun percubaan Nwakaeme dan Norshahrul lemah.
Pada minit ke-63, Sumareh menanduk masuk bola hasil umpanan Nwakaeme. Namun gol itu dibatalkan kerana Sumareh menekan belakang pertahanan lawan.
Selepas itu Pahang lebih banyak mengasak ke kubu pasukan Kedah. Namun mereka buntu di hadapan gol.
Dollah Salleh kemudian melakukan pertukaran selepas Sumareh mengalami kecederaan. Pemain gantian – Zuhair Aizat – dimasukkan dan tidak lama selepas itu, menceriakan penyokong Pahang.
Zuhair memintas masuk bola ke dalam dari sayap kiri dan melakukan percubaan yang terbias pada Khairul Helmi.
Pada masa kecederaan Wan Zaharulnizam gagal menyempurnakan peluang gol yang ternganga seelpas Dickson Nwakaeme melorongkan bola kepada beliau.
Perlawanan tamat dengan kemenangan tipis memihak pasukan Pahang. Kemenangan ini membolehkan Pahang naik ke puncak Liga Super. Ini juga bermakna Kedah tewas pertama kali musim ini.