Perlawanan di antara PKNS dan JDT pastinya menjadi tumpuan. JDT dalam usaha menjarakkan diri 11 mata daripada pasukan Pahang – yang tidak turun beraksi malam ini.
JDT terlebih dahulu di hadapan menerusi Safawi Rasid pada minit ke-17. Safawi melakukan aksi solo dan ‘cut inside’ serta lencongan yang menewaskan penjaga gol.
17'| GOL SAFAWI!
Gelecekan menarik dari Safawi Rasid melepasi 2 pertahanan PKNS dan selepas itu lencongan kaki kiri beliau telah meletakkan JDT satu gol dihadapan ketika ini!@ThePKNSFC 0-1 @OfficialJohor #LigaSuper2019#MFLLive#PKNSJDT pic.twitter.com/fh8wVA2RBB
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 17, 2019
Namun begitu anak-anak buah K. Rajagobal memberikan respon positif dengan gol penyamaan pada minit ke-30 menerusi Romel Morales. Satu serangan kilat yang membentuk 3 v 3. Farizal ditewaskan dengan percubaan sentuhan pertama Romel.
30'| GOL ROMEL MORALES!
Gerakan oleh Kpah Sherman dan K.Gurusamy disudahkan dengan baik oleh Romel Morales di bahagian 'far-post' untuk menyamakan kedudukan buat PKNS di Shah Alam ketika ini.@ThePKNSFC 1-1 @OfficialJohor #LigaSuper2019#MFLLive#PKNSJDT pic.twitter.com/RoYXxYe7qv
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 17, 2019
JDT cuba memperkemaskan rentak pada separuh masa kedua. Diogo kembali meletakkan JDT di hadapan menerusi satu tandukan yang mudah di hadapan gol pada minit ke-60.
60'| GOL DIOGO!
Diogo menjaringkan gol ke-8 beliau musim ini selepas tandukan jarak dekat beliau menewaskan Tauffiq Rashid sekaligus meletakkan JDT kembali dihadapan di Shah Alam ketika ini.@ThePKNSFC 1-2 @OfficialJohor #LigaSuper2019#MFLLive#PKNSJDT pic.twitter.com/lV5yMMT9jK
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 17, 2019
Tiada tambahan gol dilakukan kedua dua pasukan selepas itu. JDT membawa 3 mata berharga.
Kemenangan ini meletakkan JDT kini 11 mata di atas pasukan Pahang. Sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam Liga Super dalam usaha mereka mencipta kejuaraan ke-6 berturut-turut.