MSL 2019: SemuanyaBOLA XI Minggu LS2-LS3, Kedah Dominasi Senarai Kami

Fadzrul Danel

Perlawana LS2 dan LS3 berlangsung pada minggu lalu. Berikut adalah kesebelasan mingguan pilihan kami:

Penjaga gol – Suffian Rahman (Terengganu)

Dalam perlawanan LS2 menentang JDT, beliau tampil cemerlang sekali lagi. 2 gol dilepaskan beliau dalam keadaan yang sangat sukar. Aksi cemerlang beliau menafikan beberapa siri percubaan JDT dengan barisan pertahanan Terengganu dalam beberapa keadaan agak ‘shut down’.

Bek tengah – Renan Alves (Kedah)

Menjadi pertahanan yang sangat kental dalam membantu Kedah untuk mendaki ke puncak liga. Aksi dalam LS3 antara persembahan individu terbaik dipamerkan oleh pemain bek tengah dalam Liga Super setakat ini. Beliau menyelamatkan Kedah daripada tewas dalam perlawanan menentang Perak.

Bek tengah – Herold Goulon (Pahang)

Pahang menang sekali dan seri sekali dalam LS2 dan LS3, beliau menjaringkan 1 gol dalam setiap aksi tersebut. Goulon juga memiliki kualiti bertahan yang sangat tenang.

Shakir Hamzah (Kedah)

Aksi menentang Selangor antara aksi terbaik beliau dalam kancah Liga Malaysia. Beliau ternyata pemain yang versatile dengan kemampuan menjaringkan gol. Beliau meledak gol dalam LS3. Gol kedua beliau pada musim ini.

Bek sayap kiri – Hafiz Ramdan (PKNP FC)

Melakukan gol yang memukau dan bermain sangat baik. Beliau mempamerkan aksi menyerang dan bertahan yang seimbang. Harap beliau dapat mengekalkan aksi.

Tengah – Shukor Adan (Melaka)

Pemain yang menunjukkan usia hanyalah angka. Beliau membuatkan Nwakaeme sukar dalam aksi LS3. Tenang mengawal kawasan tengah. Beliau juga melindungi pertahanan Melaka sebaik mungkin kerana Liridon dan Safiq Rahim yang agak kurang disiplin bertahan.

Tengah – Fazrul Danel (Kedah)
Fadzrul Danel
Foto: KFA

Pemain yang sangat tenang mengawal bahagian tengah. Berjaya melakukan gol dan mencipta gol dalam aksi menentang Felda United. Legasi no.20 Kedah yang baru?

Bek sayap kanan – Chan Vathanaka (PKNS FC)

Mempamerkan salah satu aksi terbaik beliau dalam kancah Liga Malaysia ketika membelasah Selangor 4-0. Beliau melakukan 2 ‘assist’ dan 1 gol. Vathanaka rajin turun dan naik di atas padang.

Penyerang sayap kanan – Pedro Henrique

Senjata penting PJ City setakat ini. Beliau juga melakukan jaringan yang cukup cantik ketika berhadapan dengan PKNP FC.

Penyerang tengah – Dickson Nwakaeme (Pahang)

Walaupun beliau agak sunyi di hadapan gol pada LS3, namun beliau melalukan beberapa lay-off kepada rakannya – namun gagal disudahkan. Nwakaeme menjadi nadi penting Pahang dalam LS2 melakukan 1 gol dan 1 assist yang sangat ‘selfless’ kepada Norshahrul. Bukan sisi Nwakaeme yang kita semua jangka.

Penyerang sayap kiri – Gonzalo Cabrera (JDT)

Cabrera

JDT dalam proses pembentukan pasukan di bawah kendalian Luciano Figueroa dengan kemasukan beberapa pemain baharu di dalam pasukan. Pemain ini sangat konsisten setakat ini untuk JDT walaupun JDT jelas dalam proses mencari rentak terbaik mereka. Beliau boleh digelar Mr. Reliable.

Senarai simpanan
  • Ifwat Akmal (Kedah)
  • Nicolas Swirad (PKNS FC)
  • Kamal Azizi (Terengganu)
  • Syafiq Ahmad (JDT)
  • Faiz Nasir (Selangor)
  • Hadin Azman (Felda United)
  • Casagrande (Melaka)

Itu adalah senarai pemain pasukan kami untuk LS2-LS3, anda bagaimana? Kami mahu lihat pilihan anda pula.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN