MSL 2019: PKNS FC Curi 1 Mata Daripada Kedah, Renan Alves Kad Merah

Kedah melayan kunjungan PKNS FC di Stadium Darul Aman. Kedah dalam usaha untuk merampas semula carta Liga Super selepas pasukan JDT menang dalam perlawanan semalam.

PKNS FC juga dalam prestasi yang agak baik selepas 4 perlawanan sebelum ini. Jelas sekali pertarungan ini wajar diberikan tumpuan.

Separuh masa pertama berlangsung dengan sengit. Kedua-dua pasukan tidak memberikan ruang besar kepada lawan.

PKNS memiliki 2 peluang untuk menjaringkan gol. Pertamanya menerusi Akram Mahinan yang melakukan larian lewat, menerima bola di garisan defensif Kedah. Namun ianya dihalang oleh Ifwat dengan bola terkena mukanya.

Seterusnya, pada minit ke-30 Faizat Ghazali memiliki peluang hampir serupa, namun gagal menyudahkannya.

Guerra juga memiliki peluang untuk menjaringkan gol. Ini apabila beliau menerima hantaran lintang, tanpa dikawal pemain Kedah. Malang sekali percubaan beliau tersasar.

Kedah memiliki peluang menerusi percubaan oleh Fernando Rodriguez yang menerima hantaran oleh Alif Yusof, namun tandukan beliau sedikit tersasar. Kedah bergelut untuk mencipta peluang gol. Rodriguez dan Baumann masing-masing melakukan percubaan dari luar kotak penalti.

Bersambung babak kedua, pada 10 minit pertama, kedua-dua pasukan sekali lagi bersaing sengit dan bertahan dengan sangat baik.

Peluang keemasan untuk Kedah hadir pada minit ke-66. Bermula daripada gerakan Rizal Ghazali, bek kanan tersebut melorongkan bola cantik kepada Fernando Rodriguez. Namun Fernando gagal menyempurnakan peluang keemasan.

Tidak lama selepas itu Fernando Rodriguez mendapat peluang keemasan sekali lagi selepas kesilapan pertahanan PKNS FC, namun sekali lagi beliau gagal menyempurnakannya.

Romel Morales mendapat peluang di dalam kotak penalti pada minit ke-74, namun percubaan beliau dihadang Rizal Ghazali.

PKNS kelihatan ditekan oleh Kedah dan memaksa anak buah K. Rajagobal mulai fokus untuk bertahan.

Selepas bergelut untuk memecahkan pertahanan PKNS FC, pasukan Kedah nampak tertekan. Renan Alves dilayangkan kad merah selepas menanduk Faizat Ghazali.

Perlawanan berakhir 0-0. Ternyata kedua-dua pasukan tidak mampu untuk mengatasi organisasi pertahanan satu sama lain.

Perlawanan ini mungkin dianggap kurang menarik oleh sesetengah peminat kerana tiada gol. Namun dari segi taktikal, ianya perlawanan yang sangat baik dipamerkan kedua-dua pasukan. Cuma pasukan Kedah agak hilang fokus pada babak akhir perlawanan sehingga Renan Alves dilayangkan kad merah.

Kedah dan PKNS FC mempamerkan disiplin taktikal yang tinggi sepanjang perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN