MSL 2019: PKNP FC Mahu Elak Dibelasah Oleh Pahang

Sabtu ini kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC), bakal melayan kunjungan juara Piala FA 2018, Pahang di Stadium MP Manjung untuk perlawanan kelima saingan Liga Super.

Pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, menyedari tugas berat sedang menanti anak buahnya sambil berharap mereka tidak mengulangi lagi kesilapan seperti ketika menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Katanya dalam Stadium Astro, benteng pertahanan PKNP sering melakukan kesilapan mudah sehingga merugikan peluang mereka untuk mengutip 3 mata penuh.

“Ia kesilapan yang cukup merugikan. Akibat satu salah langkah saja, kami menanggung kerugian besar. Kecuali kesilapan itu, pemain telah berusaha untuk menyelamatkan permainan.

“Kami menyerang habis-habisan selama 80 minit tetapi nasib nyata tidak menyebelahi kami, termasuk tiga percubaan yang singgah di palang dan tiang gol.” katanya.

Ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim. FOTO: PKNP FC

Justeru itu, Abu Bakar berharap pemainnya waspada terhadap ancaman skuad tok gajah yang pasti akan menyerang habis-habisan selepas mencatat keputusan seri dalam dua perlawanan terakhir.

“Ini ujian paling getir. Pahang bukan calang-calang pasukan,” tambah Abu Bakar.

“Mereka memiliki pemain import dan tempatan berwibawa serta belum kalah dalam empat perlawanan. Pemain PKNP tidak mampu melakukan sebarang kesilapan jika tidak mahu dihukum,” jelasnya.

Pahang kini menghuni di tangga ketiga dalam carta Liga Super dengan 8 mata manakala PKNP FC berada di kedudukan kedua tercorot dengan hanya berbekalkan 1 mata. Skuad kendalian Dollah Salleh itu tekad memburu 3 mata untuk terus menjadi pencabar terkuat dalam kelompok teratas Liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN