Saingan di kalangan tiga pasukan untuk terus kekal bersaing di Liga Super Malaysia (MSL) pada musim hadapan terus terbuka, setelah keputusan seri membabitkan PKNP FC dan Felda United terus memberikan nyawa kepada Kuala Lumpur yang dibelasah JDT.
Di Stadium Majlis Perbandaran Manjung
Perlawanan di Manjung menjadi tumpuan kerana ia adalah pertemuan langsung diantara dua pasukan yang sedang bergelut dengan penyingkiran.
Bagaimanapun keputusan seri 1-1 masih tidak memberi kelebihan kepada sesiapa kerana kedua-dua pasukan masih terikat dengan 16 mata.
PNKP FC selaku tuan rumah terlebih dahulu memberikan ancaman dalam perlawanan melalui percubaan penyerang import, Giancarlo Lopes seawal minit ke-8. Bagaimanapun penjaga gol Felda, Norazlan Razali berjaya menafikan PKNP FC dari mendahului.
Felda United yang memiliki kelebihan satu perlawanan juga tidak berdiam diri apabila turut melakukan serangan. Percubaan Jocinei Schad pada minit ke-16 misalnya hampir membuahka hasil sebelum dinafikan oleh Khairul Thafiq di hadapan gawang PKNP FC.
52’| GOL CHANTURU!
‘Battle of relegation’ di Manjung menemui jaringan pertama malam ini melalui rembatan S.Chanturu yang terbias!@pknp_fc 0-1 @feldaunitedfc #LigaSuper2019#MFLLive#PKNPFEL pic.twitter.com/mcu5oWNRHZ
— MFL LIVE (@MFL_Live) July 13, 2019
Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada babak pertama perlawanan, walaupun rancak berbalas serangan untuk mencari kelebihan awal.
Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah dikejutkan oleh jaringan S. Chanturu yang merembat kencang ke sebelah penjuru kiri penjaga gol pada minit ke-52 perlawanan.
81’| GOL YASHIR!
Perlawanan kembali setaradi Manjung apabila PKNP menyamakan kedudukan melalui Yashir Pinto!@pknp_fc 1-1 @feldaunitedfc #LigaSuper2019#MFLLive#PKNPFEL pic.twitter.com/vLS5hOLWMP
— MFL LIVE (@MFL_Live) July 13, 2019
Jaringan tersebut membuatkan PKNP FC bertindak balas dengan beberapa percubaan berbahaya, namun berjaya dihalang dengan cemerlang oleh penjaga gol lawan.
Akhirnya jaringan yang dicari pun tiba melalui rembatan kencang Yashir Pinto pada minit ke-80, untuk kedudukan menjadi 1-1. Kedua-dua pasukan terpaksa akur berkongsi mata dalam perlawanan ini.
Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Di Cheras, Kuala Lumpur FA yang menduduki kedudukan tercorot liga dibelasah sang juara 4-0 di halaman sendiri. Walaupun dibelasah, Kuala Lumpur secara matematik masih berpeluang kekal pada musim hadapan, dengan syarat menewaskan Perak pada minggu hadapan, sambil mengharapkan keputusan perlawanan lain turut.memihak kepada mereka.
Dalam perlawanan tersebut, pasukan pelawat terlebih dahulu mendahului melalui penyerang import, Gonzalo Cabrera seawal minit ke-15 perlawanan.
Kesilapan di bahagian pertahanan pada minit ke-28 terus memberi ruang kepada Diogo Luis Santo melebarkan kedudukan JDT kepada 2-0 pada babak pertama perlawanan.
Kuala Lumpur turut memiliki peluang mereka sendiri dalam perlawanan ini, namun gagal dimanfaatkan. Antaranya ialah peluang terbuka milik Ahmad Fakri Sharani yang memilih merembat terus ke arah penjaga gol pada minit ke-54 perlawanan.
JDT meneruskan penguasaan selepas itu apabila giliran Nazmi Faiz Mansor mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-61 perlawanan, sebelum Diogo sekali lagi tampil untuk menjadikan kedudukan 4-0 sembilan minit selepas itu.
Kedudukan 4-0 memihak kepada pasukan pelawat kekal sehingga ke wisel penamat.
Berikut adalah keputusan penuh semua empat perlawanan semalam:
Kredit Foto: MFL