Pertemuan Melaka dan Pahang menjadi perhatian ramai kerana 2 pasukan ini memiliki rekod kemenangan 100% selepas 2 perlawanan.
Perlawanan tumpuan pada LS3 ini disaksikan lebih 19,000 penyokong di Stadium Hang Jebat. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik mereka untuk perlawanan ini.
Kesebelasan utama pasukan @MelakaUnitedSA yang dipertaruhkan Zainal Abidin Hassan pada malam ini.#MELPHG#unifiLigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/Fcslx0PHf4
— MFL LIVE (@MFL_Live) February 16, 2019
Ini pula kesebelasan utama pasukan @OfficialPahang yang diturunkan oleh Dollah Salleh untuk minggu ini. Tiada perubahan seperti perlawanan menentang Terengganu FC tempoh hari.#MELPHG#unifiLigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/HxGC4S2i7B
— MFL LIVE (@MFL_Live) February 16, 2019
Laporan perlawanan
Pahang di hadapan seawal minit ke-5 menerusi Herold Goulon. Ini merupakan kali kedua berturut-turut beliau menjaringkan gol untuk Pahang dalam saingan Liga Super. Goulon mengambil kesempatan di atas kesilapan penjaga gol – Khairul Fahmi Che Mat.
5' | GOLLL HEROLD GOULON!
Kesilapan oleh Khairul Fahmi Che Mat dimanfaatkan oleh Herold Goulon untuk gol pertama Tok Gajah!
@MelakaUnitedSA 0-1 @OfficialPahang #MELPHG#unifiLigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/4CJaf8eRzT
— MFL LIVE (@MFL_Live) February 16, 2019
Melaka cuba membalas gol itu dengan segera. Namun beberapa percubaan menerusi pemain Melaka gagal menerjah gawang. Pahang cuba menyerap asakan dan melancarkan beberapa siri serangan balas.
Ze Love menerima bola daripada Dickson selepas kekalutan di tengah melibatkan Safiq Rahim. Namun percubaan Ze Love lemah. Minit ke-32, Dickson Nwakaeme menguji pintu gol Melaka sekali lagi namun tersasar.
Casgrande hampir berjaya menyambut hantaran bola mati oleh Safiq Rahim namun dipintas oleh Helmi Eliza.
Goulon menguji Khairul Fahmi sekali lagi pada minit ke-36. Seterusnya, pada minit ke-40, bermula daripada gerakan Saddil Ramdani, pintu gol Melaka cemas sekali lagi. Namun tindakan susulan oleh Nwakaeme dan Davies tidak tepat.
Pada minit ke-43, Patrick Reichelt mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan selepas kekalutan pasukan Pahang dalam usaha membina serangan daripada penjaga gol. Namun sekali lagi percubaan lemah.
Bersambung babak ke-2, Liridon hampir menyamakan kedudukan. Beliau menanduk bola yang terlepas daripada pertahanan Pahang. Namun Helmi Eliza berjaya menyelamatkan bola di atas garisan gol. Mungkin Liridon patut menanduk lebih deras.
Minit ke-50, Sumareh menewaskan Raimi dan menghantar bola ke zon bahaya. Namun rembatan Azam Azih melambung tinggi.
15 minit kemudian, Pahang mendapat peluang keemasan di hadapan gol. Namun rembatan Azam Azih terkena palang dan penyudah Ze Love lemah tepat ke dakapan Khairul Fahmi.
Minit ke-71, Safiq Rahim menerima tandukan Casagrande. Safiq melakukan percubaan ke arah gol namun dihadang oleh Goulon.
Pada 10 minit akhir, perlawanan menjadi panas dan segalanya serba tak kena bagi Pahang. Pada minit ke-80 – Azam Azih dilayangkan kad kuning kedua, beliau dibuang padang kerana mengasari Markovic.
Nwakaeme dilayangkan kad kuning kerana membantah keputusan pengadil. Melaka kemudian hampir menyamakan kedudukan namun Helmi Eliza menafikan percubaan Casagrande.
Minit ke-83, Faris Shah dilayangkan kad kuning kerana mengasari Nwakaeme. Dan pada minit akhir perlawanan, Helmi Eliza menjatuhkan Patrick Reichelt. Melaka dihadiahkan sepakan penalti. Safiq Rahim tenang menyempurnakannya.
Gol Melaka United!!!!!!!!
Unifi Liga Super Malaysia 2019 #LS3
————-
SEMASAMelaka United [1-1] Pahang FA
Goulon Herald Mark M-5
Safiq Rahim M-89 (penalti)#MelakaUnited #DemiKebanggaanMelaka pic.twitter.com/BZK8uHzaSE— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) February 16, 2019
Perlawanan berakhir 1-1. Ini bermakna tiada pasukan lagi yang memegang rekod 100% kemenangan selepas 3 perlawanan. Ini kerana semalam JDT turut terikat seri dengan Terengganu.
KEPUTUSAN MASA PENUH PERLAWANAN LS3 unifi LIGA SUPER MALAYSIA 2019#unifiLigaSuper2019 pic.twitter.com/aUJkLAltng
— Malaysian Football League (@MFL_MY) February 16, 2019