Skuad tok gajah gagal manfaatkan kelebihan di halaman sendiri apabila terikat tanpa jaringan dengan Perak di Stadium Darul Makmur malam tadi. Keputusan itu bermakna Pahang kini ketinggalan 10 mata dibelakang pendahulu liga super, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Sebaik sahaja wisel sepak mula ditiupkan, Perak terlebih dahulu melancarkan serangan ke kubu tuan rumah. Beberapa peluang keemasan gagal disudahkan dengan baik oleh Ronaldo melalui gerakan pantas Nor Hakim Hassan.
Peluang terbaik Pahang hadir pada minit ke 14 menerusi sepakan percuma selepas Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan oleh pemain import baharu Perak dari Lubnan, Hussein Eldor. Namun, sepakan percuma Ze Eduardo gagal melepasi benteng pertahanan lawan.
Tiga minit kemudian, Pahang hampir memperolehi gol pembukaan melalui Norshahrul Idlan Talaha tetapi rembatannya mudah ditangkap kemas oleh penjaga gol pelawat.
18' | PELUANG PAHANG
Pasukan @OfficialPahang hampir membuka jaringan di Stadium Darul Makmur selepas hantaran bahaya daripada Saddil Ramdani ke dalam kotak penalti.#MFLLive#LigaSuper2019#PHGPRK pic.twitter.com/GzCQR2DNiP
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 19, 2019
Tersentak dengan percubaan tersebut, Perak mengandakan asakan dan melakukan serangan balas melalui sayap kiri dan kanan. Walaubagaimanapun, mereka gagal menewaskan penjaga gol Pahang, Helmi Eliza yang cemerlang menepis rembatan Partiban pada minit ke 22.
23' | HELMI SAVES
Percubaan bagus oleh pemain sayap @peraktbgmy, J. Partiban daripada luar kotak penalti berjaya dinafikan oleh penjaga gol @OfficialPahang, Helmi Eliza.#MFLLive#LigaSuper2019#PHGPRK pic.twitter.com/zpE9pDxsy0
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 19, 2019
Helmi juga beberapa kali menyelamatkan gawang tok gajah daripada dibocori dengan mudah dan Ze Eduardo sepatutnya mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke 34 tetapi rembatannya melambung tinggi.
Perlawanan juga berlangsung dengan suasana tegang apabila berlaku pertengkaran di antara Ze Eduardo dengan Leandro. Keputusan seri tanpa jaringan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Separuh masa kedua
Memasuki babak kedua, skuad kendalian Dollah Salleh tidak membuang masa untuk mengasak bertubi-tubi ke kubu Perak. Malah, mereka juga kerap memberi tekanan kepada benteng pertahanan lawan melalui gerakan Saddil Ramdani dan Sumareh.
Saddil turut memperolehi peluang keemasan untuk menjaringkan gol kedua musim ini setelah menerima hantara cantik daripada Sumareh tetapi rembatannya tersasar.
10 minit telah berlalu, Perak masih gagal memecah kebuntuan kerana benteng pertahanan tuan rumah cukup berdisiplin malam ini ditambah pula dengan prestasi cemerlang Bunyamin Umar yang mudah mematikan hantaran berbahaya pihak lawan.
Selain itu, ketangkasan Helmi Eliza agar sukar digugat walaupun pelawat mendapat deretan peluang untuk menjaringkan gol melalui jarak dekat. Leandro turut mencetus suasana tegang apabila menendang bola ke kawasan simpanan Pahang.
80' | PELUANG RONALDO DINAFIKAN
Perak hampir berjaya meletakkan bola di dalam gawang gol Pahang melalui peluang Ronaldo Henrique, yang diselamatkan oleh Helmi Eliza.#LigaSuper2019#MFLLive#PHGPRK pic.twitter.com/eHAa9VT7uy
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 19, 2019
Ketiadaan Dickson Nwakaeme jelas dirasai apabila jentera serangan skuad Tok Gajah kelihatan tidak bermaya walaupun Dollah membuat 3 pertukaran pemain dengan memasukkan Kogileswaran, Faisal Halim dan Zuhair Aizat.
Keputusan seri tanpa jaringan kekal sehingga wisel penamat ditiupkan. Pahang sekali lagi akan bertemu Perak pada aksi separuh akhir Piala FA pada bulan depan.