Skuad Helang Merah berjaya membalas dendam terhadap kekalahan 1-2 kepada Kuala Lumpur di Cheras pada bulan lalu apabila berpesta gol menewaskan skuad kendalian Chow Yee Fat itu dengan jaringan 5-2 di Stadium Darul Aman sebentar tadi.
Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan menggunakan formasi 4-3-3 dan Kedah terlebih dahulu mengatur beberapa gerakan berbahaya ke kubu lawan sebaik sahaja pengadil meniup wisel sepak mula.
Pada minit ke 22, Kedah akhirnya membuka akaun gol apabila pemain pertahanan import, Renan Alves melakukan hantaran tepat ke ‘target man’ mereka, Jonatan Bauman lalu disudahkan dengan tenang.
22'| GOL BAUMAN!
Gol pertama terhasil di Alor Star selepas Jonatan Bauman menyudahkan dengan tenang umpanan daripada Renan Alves bagi meletakkan tuan rumah dihadapan!@official_kfa 1-0 @kualalumpurfa #LigaSuper2019#MFLLive#KEDKL pic.twitter.com/aI3c5AiQuI
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 3, 2019
Jaringan itu telah membangkitkan semangat skuad kendalian Aidil Sharin Sahak untuk memburu lebih banyak gol bagi memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka.
Kuala Lumpur cuba mengaturkan serangan untuk mencari jaringan penyamaan namun Kedah kemudian mengambil kesempatan untuk melakukan serangan balas pada minit ke 41 yang dimulakan oleh Shakir Hamzah.
Pemain dari Singapura itu berjaya manfaatkan hantaran Farhan Roslan untuk memastikan Kedah berada di depan dengan jaringan 2-0.
41'| GOL SHAKIR!
Serangan balas yang dimulakan oleh Shakir Hamzah disudahkan kembali oleh beliau!'End to end' komitmen dari pertahanan Singapura tersebut!💯@official_kfa 2-0 @kualalumpurfa #LigaSuper2019#MFLLive#KEDKL pic.twitter.com/xIHupxPyUC
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 3, 2019
Tersentak dengan jaringan itu, skuad warga kota tidak mengambil masa yang lama untuk menjaringkan gol pertama mereka apabila kapten pasukan, Indra Putra Mahayuddin mengambil kesempatan terhadap kesilapan penjaga gol Kedah dengan barisan pertahanan.
Ini adalah jaringan yang ke 101 Indra Putra dalam saingan Liga Super dan keputusan 2-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
45+1'| GOL INDRA 101!
Kesilapan komunikasi daripada Ifwat Akmal dan Alif Yusof membawa padah apabila Indra Putra menghukum kesilapan mereka berdua untuk gol pertama Warga Kota! @official_kfa 2-1 @kualalumpurfa #LigaSuper2019#MFLLive#KEDKL pic.twitter.com/xxigN3Ovdt
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 3, 2019
Memasuki separuh masa kedua, tuan rumah terus mengandakan asakan dan berjaya menghasilkan gol ketiga pada minit ke-67 menerusi tandukan Fernando Rodriguez yang menerima umpanan daripada bekas pemain Kuala Lumpur, Zaquan Adha dari sebelah kiri.
67'| GOL FERNANDO RODRIGUEZ!
Hantaran lintang dari ketua pasukan kebangsaan, Zaquan Adha ditanduk masuk oleh Fernando Rodriguez bagi kembali meletakkan Hijau Kuning 2 gol dihadapan!@official_kfa 3-1 @kualalumpurfa #LigaSuper2019#MFLLive#KEDKL pic.twitter.com/Ube5smvEMk
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 3, 2019
Namun, jaringan itu tidak mematahkan semangat Kuala Lumpur untuk bangkit merapatkan kedudukan gol melalui jaringan penyerang import mereka, Guilherme De Paula pada minit ke-77 yang mudah menolak masuk bola hantaran Ryutaro Karube dari sebelah kiri gawang Kedah.
Ia adalah hasil daripada kesilapan daripada barisan pertahanan Kedah yang gagal mengekang kemaraan jentera tengah pelawat.
78'| GOL DE PAULA!
Warga Kota mengurangkan defisit gol Kedah kali ini melalui Guilherme De Paula selepas menerima hantaran lintang dari Ryutaro Karube!@official_kfa 3-2 @kualalumpurfa #LigaSuper2019#MFLLive#KEDKL pic.twitter.com/qwPS7yik9S
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 3, 2019
Dua minit kemudian, Kedah sekali lagi menambah derita Kuala Lumpur apabila Fernando Rodriguez yang langsung tidak dikawal mudah menolak masuk hantaran Jonatan Bauman.
80'| GOL RODRIGUEZ!
Hari pertama LS12 penuh dengan gol apabila gol ke-12 hadir di Darul Aman selepas Fernando Rodriguez mudah menampan masuk hantaran lintang Jonatan Bauman! 2 perlawanan 12 gol!@official_kfa 4-2 @kualalumpurfa #LigaSuper2019#MFLLive#KEDKL pic.twitter.com/4sujVlnUhy
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 3, 2019
Walaupun sudah menjaringkan 4 gol, Kedah seolah-olah enggan berpuas hati dengan jaringan itu sebaliknya terus menambah satu lagi gol melalui Jonatan Bauman sekaligus menceriakan puluhan ribu penyokong yang hadir. Keputusan 5-2 kekal sehingga tamat perlawanan.
90'| GOL BAUMAN!
Jonatan Bauman menjaringkan gol peribadi kedua beliau pada malam ini selepas menerima hantaran baik Baddrol Bakhtiar. Game over untuk Warga Kota!@official_kfa 5-2 @kualalumpurfa #LigaSuper2019#MFLLive#KEDKL pic.twitter.com/M4vXDgdhaL
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 3, 2019
Keputusan itu menyaksikan kedudukan Kedah dalam saingan liga super melonjak ke tangga ketiga dengan 19 mata mengatasi Selangor yang akan beraksi pada hari esok. Satu lagi pencabar terdekat iaitu PKNS FC mencatat keputusan seri 3-3 dengan Perak.