Perlawanan di antara JDT dengan Melaka pastinya menjadi tumpuan. Perlawanan ini juga menandakan kepulangan semula Safiq Rahim dan juga debut kedua untuk Leandro Velazquez untuk Harimau Selatan.
Luciano Figueroa melakukan 3 pertukaran di dalam perlawanan ini. Sementara itu Zainal Abidin Hassan pula mengekalkan kesebelasan utama beliau.
Melaka mencemaskan JDT terlebih dahulu menerusi sepakan penjuru Safiq Rahim
Kehilangan fokus pertahanan oleh JDT hampir mengundang padah kepada JDT.
Melaka banyak melakukan menerusi bola mati. Pada minit ke-15, berpunca daripada sepakan percuma Diogo, Leandro gagal menyempurnakan peluang gol yang terhidang.
Zainal Abidin Hassan terpaksa menggantikan Casagrande yang tidak dapat meneruskan perlawanan.
Pada minit ke-21 sepakan percuma Cabrera sedikit tersasar.
Pada minit ke-32, JDT mendapat sepakan penalti selepas bola lintang oleh Corbin Ong terkena tangan Jang Suk Won. Gonzalo Cabrera tengah menyempurnakan sepakan penalti itu.
35' | GOL GONZALO CABRERA!
Gonzalo Cabrera meletakkan JDT dihadapan melalui sepakan penalti setelah bola terkena tangan Jang Suk-Won.@OfficialJohor 1-0 @MelakaUnitedSA #JDTMEL#unifiLigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/FDs2gK5Iri
— MFL LIVE (@MFL_Live) February 23, 2019
Safawi menambah satu lagi gol sebelum rehat dengan menerima hantaran cantik daripada Diogo. Safawi memperdayakan 3 pemain dan menewaskan Khairul Fahmi.
42' | GOL SAFAWI RASID!
Sentuhan cantik @diogooluis disudahkan dengan baik oleh @safawi37 untuk gol kedua JDT.@OfficialJohor 2-0 @MelakaUnitedSA #JDTMEL#unifiLigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/NFPPrx5AI9
— MFL LIVE (@MFL_Live) February 23, 2019
Brsmabung babak kedua, JDT cuba menambah gol. Namun tidak berjaya melakukannya.
Melaka kemudian mendapat beberapa peluang. Pada minit ke-72 Melaka akhirnya merapatkan kedudukan menerusi Patrick Reichelt. Satu permainan kombinasi yang menarik.
72' | GOL PATRICK REICHELT!@PatrickReichelt cuba merapatkan jurang gol untuk pasukan pelawat dengan gol pertama Melaka.@OfficialJohor 2-1 @MelakaUnitedSA #JDTMEL#unifiLigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/iUcuCfhmHc
— MFL LIVE (@MFL_Live) February 23, 2019
Akhyar Rashid dan Cabrera ada peluang untuk menambah gol. Namun gagal untuk menerjah gawang.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan 2-1 JDT ke atas Melaka. Sekaligus menamatkan rekod tanpa kalah Melaka musim ini. JDT kekal tak kalah bersama dengan Kedah.
JDT kekal tak kalah di Larkin dalam saingan Liga super Malaysia.