MSL 2019: Melaka United Tumpas Lagi, Jaringan Sendiri Khuzaimi Piee Ceriakan PKNP FC

PKNP FC, Melaka United

PKNP FC meneruskan rentak baik mereka menerusi kemenangan ketiga berturut-turut apabila berjaya menundukkan pasukan gergasi, Melaka United 1-0 di Stadium MP Manjung dalam aksi minggu ke-9 Liga Super Malaysia (MSL) 2019, sebentar tadi.

Pertahanan Melaka United, Khuzaimi Piee memberikan tiga mata berharga buat tuan rumah apabila jaringan sendirinya memastikan PKNP FC meraih kemenangan ketiga mereka pada musim ini.

Penguasaan perlawanan yang baik dipamerkan oleh tuan rumah selepas 10 minit pertama dengan beberapa asakan digerakkan ke kubu lawan namun gagal mengegar gawang pelawat yang dikawal penjaga gol utama skuad kebangsaan, Khairul Fahmi.

Melaka United yang beraksi baik di awal babak pertama dilihat kian tenggelam apabila acap kali kehilangan kawalan bola disamping membiarkan PKNP FC berterusan menguasai sepenuhnya kawasan middle third dan juga seterusnya perlawanan.

Antara peluang terbaik Melaka United adalah seawal minit pertama perlawanan apabila penyerang tunggal, Casagrande terlepas peluang keemasan di depan gawang hasil hantaran Nazrin Nawi.

Jika Melaka United menggunakan Nazrin Nawi di bahagian sayap untuk mula mengasak lawan, PKNP FC juga menggunakan posisi sayap untuk mula menyusup masuk menerusi Hafiz Ramdan.

FOTO: Melaka United SA

Namun, kedua-dua pasukan banyak mensia-siakan peluang yang mereka miliki dengan percubaan-percubaan tersasar dan tidak langsung menguji sepenuhnya penjaga gol lawan masing-masing.

Di awal babak kedua, Melaka United menerusi Casagrande tidak memanfaatkan peluang di depan gawang walaupun penjaga gol, Asyraf Omar sudah terjatuh dan tertewas perebutan bola di udara berpunca daripada sepakan percuma daripada Safiq Rahim.

Sekali lagi Casagrande gagal meledak gol walaupun berpeluang menerusi hantaran Safiq Rahim ke hadapan gol, selepas mereka diasak tuan rumah di minit ke-56 menerusi percubaan Al Fateh.

Asyraf Omar yang telah banyak kali menyelamatkan gawangnya berjaya menepis percubaan boleh gol Patrick Reichelt di minit ke-62 selepas menerima hantaran pendek Safiq Rahim.

Di saat Melaka United sedang asyik mengasak tuan rumah, di minit ke-66, Khuzaimi Piee menghadiahkan lawan gol pembukaan selepas tersepak hantaran yang cuba dibuat oleh Yashir Pinto lantas menewaskan Khairul Fahmi buat kali pertama malam ini.

FOTO: Melaka United SA

Menariknya, sejak dari awal perlawanan pertahanan PKNP FC terutamanya Thomas Abbey yang terpaksa beraksi di benteng tampil kukuh mengawal Casagrande dan Patrick Reichelt.

Melaka United hampir menghasilkan gol penyamaan menerusi dua tandukkan yang diperolehi kapten, Shukor Adan namun kedua-duanya tersasar di atas gol Asyraf Omar pada minit ke-80 dan 87.

Kemasukkan R. Gopinathan yang menggantikan Nazrin Nawi gagal membantu pelawat apabila tiada lagi asakan-asakan dari bahagian sayap dicipta oleh pemain sayap menyerang tersebut.

Melaka United terus dirundung kekalahan apabila buat kali ke-3 mereka gagal meraih mata penuh sejak kali terakhir melakukannya pada 3 Mac lalu menewaskan Kuala Lumpur.

Tiga mata penting buat PKNP FC untuk meneruskan langkah mereka keluar daripada zon bawahan Liga Super musim ini apabila berjaya melonjak ke kedudukan ke-7 liga ketika ini.

PKNP FC: Asyraf Omar (PG), Fadhil Idris, Ibni Khozaimi (74′ Fazrul Hazli), Yashir Pinto, Thomas Abbey, Farid Nezal, Al Fateh Afandi, Amani Aguinaldo, Hafiz Ramdan (K) (83′ Khairul Asyraf), Shukri Hamid (64′ Faizzwan Dorahim), Giancarlo Lopes,

Melaka United: Khairul Fahmi (PG), Jang Suk-won, Razman Roslan, Khuzaimi Piee, Wan Amirul Afiq, Saiful Ridzuwan (83′ Faizal Talib), Shukor Adan (K), Safiq Rahim, Nazrin Nawi (74′ R. Gopinathan), Patrick Reichelt, Casagrande

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN