MSL 2019: Jaringan ‘Flick’ Reichelt Ikat Selangor Di Shah Alam

Selangor melayan kunjungan Melaka untuk pusingan ke-2 Liga Super. Kedua-dua pasukan sebelum ini bermain dalam aksi ‘thriller’ 7 gol.

Pada minit ke-7, Taylor Regan berjaya memutuskan hantaran Reichelt daripada sampai ke Casagrande.

Sandro Da Silva kemudian melakukan percubaan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-23, namun Khairul Fahmi mudah menepisnya keluar. Sandro jelas sekali pemain terbaik dalam aksi malam ini.

Beliau paling banyak merencana serangan dan percubaan bahaya. Namun masalah utama beliau adalah kesemua percubaan beliau terhenti di tangan Khairul Fahmi.

Tidak lama selepas itu, Sandro sekali lagi melakukan percubaan ke arah gol dari luar kotak penalti. Namun ditepis Khairul Fahmi dan terkena palang gol.

Pada minit ke-30 Khairul Fahmi sekali lagi menafikan percubaan Sandro. Namun tindakan susulan boleh Syahmi Safari memastikan Selangor di hadapan.

Separuh masa pertama menyaksikan Selangor masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan 1 gol.

Pada separuh masa kedua, Melaka cuba mengimbangi penguasaan Selangor. Dan Melaka menyamakan kedudukan pada minit ke-60, menerusi Patrick Reichelt yang menggunakan flick.

Pada minit ke-72, Khairul Fahmi sekali lagi menafikan percubaan deras Sandro. Dan Khairul Fahmi kemudian menepis percubaan dari dalam kotak penalti oleh Syahmi Safari.

Seminit selepas itu Casgrande menerima hantaran daripada Nazrin Nawi di dalam kotak penalti. Namun percubaan Casagrande liar – walaupun dari jarak dekat.

Khairul Fahmi terus cemerlang dengan menghalang beberapa lagi percubaan bahaya pasukan Selangor.

Pada masa kecederaan, Melaka hampir melepaskan bolos saat akhir. Perlawanan berakhir dengan seri 1-1.

Selangor gagal untuk mengambil kesempatan untuk memintas pasukan Kedah di tangga ke-3. Manakala Melaka pula berada di tangga ke-6 liga setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN