Hatrik pemain import dari Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov membantu Terengganu FC mencatat keputusan seri 3-3 ketika berhadapan Melaka United dalam aksi Liga Super Malaysia (MSL 2019) yang berlangsung pada malam tadi.
17′ | GOL DAVY ANGAN!@MelakaUnitedSA membuka jaringan di Stadium Hang Jebat selepas penyerang baharu mereka dari Ivory Coast, Davy Angan mendapat gol pertama beliau.#LigaSuper2019#MFLLive#MELTER pic.twitter.com/u1i8py4Ffb
— MFL LIVE (@MFL_Live) June 15, 2019
Beraksi di Stadium Hang Jebat, pasukan tuan rumah terlebih dahulu menghasilkan jaringan melalui Davy Claude Angan pada minit ke-17 perlawanan, untuk gol sulung pemain dari Ivory Coast itu di kancah saingan Liga Malaysia.
Minit ke-31 perlawanan menyaksikan skuad kendalian Zainal Abidin Hassan terus menghukum pertahanan skuad penyu menerusi seorang lagi penyerang import, Luka Milunovic.
30′ | GOL LUKA!@MelakaUnitedSA berjaya menjaringkan gol kedua mereka menentang Terengganu FC selepas Luka Milunovic menyudahkan percubaan beliau,#LigaSuper2019#MFLLive#MELTER pic.twitter.com/OHBpwv3X7x
— MFL LIVE (@MFL_Live) June 15, 2019
Enggan menyerah kalah begitu sahaja, pasukan pelawat merapatkan kedudukan apabila rembatan rendah dan deras Sanjar Shaakhmedov dari luar kotak penalti menuju penjuru kanan gawang untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.
41′ | GOL SANJAR!@FCTerengganu berjaya merapatkan jurang di antara #MELTER melalui jaringan oleh pemain yang berasal dari Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov.#LigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/2Nebnx4qM5
— MFL LIVE (@MFL_Live) June 15, 2019
Kedudukan kekal 2-1 ketika perlawanan babak pertama ditamatkan. Bersambung babak kedua perlawanan, pasukan tuan rumah pantas memastikan pendahuluan selesa milik mereka apabila Angan sekali lagi menewaskan Muhamad ILham Amirullah di hadapan gawang Terengganu FC.
Pasukan pelawat kemudiannya terlepas peluang terbaik untuk merapatkan kedudukan apabila sepakan penalti ketua pasukan, Lee Tuck berjaya diselamatkan Khairul Fahmi pada minit ke-59 perlawanan.
48′ | GOL KEDUA DAVY ANGAN!@MelakaUnitedSA melebarkan jurang keputusan pada awal-awal minit separuh masa kedua selepas Davy Angan menjaringkan gol kedua beliau malam ini.#LigaSuper2019#MFLLive#MELTER pic.twitter.com/JIZh9Lg7nA
— MFL LIVE (@MFL_Live) June 15, 2019
Kemudian ia seakan-akan amaran oleh Sanjar, apabila percubaan kencang beliau diselamatkan sekali lagi oleh Khairul Fahmi pada minit ke-64 perlawanan.
72′ | GOL KEDUA SANJAR!@FCTerengganu berjaya mengurangkan defisit di dalam perlawanan #MELTER melalui sepakan yang begitu menarik oleh Sanjar Shaakhmedov.
Mampukah skuad Sang Penyu mencari gol ketiga?#LigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/Qd1I3mw7uh
— MFL LIVE (@MFL_Live) June 15, 2019
Namun pemain lincah dari Uzbekistan itu bijak menghukum kesilapan pertahanan Melaka United yang diakhiri dengan jaringan pada minit ke-72 perlawanan, sebelum satu lagi gol selang 10 minit kemudian memastikan Terengganu FC mengikat Melaka United 3-3 di tempat lawan.
81′ | HAT-TRICK UNTUK SANJAR!@FCTerengganu berjaya kembali balik dan menyamakan kedudukan di Stadium Hang Jebat melalui jaringan ketiga Sanjar Shaakhmedov malam ini.#LigaSuper2019#MFLLive#MELTER pic.twitter.com/lISqD444R5
— MFL LIVE (@MFL_Live) June 15, 2019
Melaka United kekal berada di tangga ke-5 MSL 2019 dengan 23 mata, sementara Terengganu FC ketinggalan dua mata berbanding lawan mereka itu di tangga ke-7.
Kredit Foto: MFL