Gol tunggal Patrick Reichelt cukup untuk memberikan kemenangan kepada Melaka United yang bertandang ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, pada malam tadi untuk berhadapan skuad warga kota.
Tiga mata berharga itu sekaligus melonjakkan skuad kendalian Zainal Abidin Hassan ke tangga keempat di kedudukan Liga Super Malaysia (MSL2019), mengatasai Selangor dan juga Perak.
Ini pula merupakan barisan kesebelasan utama untuk perlawanan LS17 Liga Super diantara #KLMEL sebentar lagi.#LigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/Ydb9HykYwm
— MFL LIVE (@MFL_Live) June 19, 2019
Kuala Lumpur pula kekal berada di zon bahaya apabila berada di kedudukan ke-10, dipisahkan hanya dengan satu mata dari zon penyikingkiran pada musim hadapan.
Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai aksi pada babak pertama perlawanan, dengan aksi membosankan dipamerkan oleh kedua-dua pasukan.
Namun demikian Melaka United berjaya memecah kebuntuan apabila penyerang import dari Filipina, Patrick Reichelt berjaya mengegarkan jaring pasukan lawan setelah menyudahkan hantaran daripada Davy Angan.
43’| GOL REICHELT!
Manakala di Cheras pula pasukan tuan rumah ketinggalan selepas Patrick Reichelt mudah menampan hantaran Davy Angan untuk gol pertama Melaka.@kualalumpurfa 0-1 @MelakaUnitedSA #LigaSuper2019#MFLLive#JDTSEL pic.twitter.com/WPrH0rcZtT
— MFL LIVE (@MFL_Live) June 19, 2019
Kedudukan kekal 1-0, dengan kelebihan kepada Melaka United selepas tamat separuh masa pertama perlawanan.
Bersambung babak kedua, tempo perlawanan menjadi lebih rancak setelah kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dalam usaha untuk memburu gol.
Angan memiliki peluang terbaik menggandakan kelebihan Melaka United, namun percubaan beliau pada minit ke-53 sekadar mengegarkan tiang gol skuad warga kota.
Kuala Lumpur turut mempunyai deretan peluang, antaranya peluang yang oleh Guilherme de Paula dan Fakri Saarani, namun gagal dimanfaatkan sebaiknya.
Tiga mata penuh akhirnya sah milik Melaka United dengan kemenangan 1-0 ke atas Kuala Lumpur.