MSL 2019: Gol Tunggal Igor Zonjic Berikan Kemenangan Pertama Untuk Terengganu FC

Kemenangan menjadi sasaran utama Kuala Lumpur dan Terengganu FC di Stadium Bola Sepak, Cheras pada malam ini setelah kedua-dua pasukan belum lagi merasa kutipan tiga mata setakat ini.

Kuala Lumpur berada di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata pasti mengharapkan perubahan kepada kempen mereka pada musim ini. Manakala Terengganu mahukan tiga mata agar tidak terus ketinggalan daripada bersaing di kelompok atas liga.

Separuh masa pertama

Perlawanan tertangguh sehingga 30 minit disebabkan lampu limpah yang tidak menyala sebelum perlawanan bermula.


Terengganu bermula dengan agresif pada lima minit pertama perlawanan dalam usaha mecari gol awal, namun percubaan-percubaan anak buah Irfan Bakti berjaya dihadang oleh pertahanan Kuala Lumpur. Minit ke-6 perlawanan, Kuala Lumpur memperolehi peluang terbaik untuk mendahului apabila Zhafri Yahya bebas berhadapan dengan Suffian Rhman, hanya untuk bola sekadar menggegarkan bahagian sisi gawang.

Menuju 30 minit, perlawanan tampak seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan. Sylvano Comvalius hampir meletakkan Kuala Lumpur di hadapan, namun tandukan beliau hasil daripada hantaran lintang Indra Putra sedikit tinggi.

Seminit kemudian, Sanjar berjaya melepaskan Malik untuk berhadapan dengan Sharbinee, namun penjaga gol berpengalaman itu berjaya menampan bola di situasi satu lawan satu itu. Minit ke-38 Comvalius sekali lagi gagal memanfaatkan peluang selepas menerima hantaran bijak Indra apabila dikecewakan oleh sentuhan pertama yang gagal dikawal dengan sehingga membenarkan Sharbinee mengawal keadaan.

Terengganu memiliki satu permintaan penalti tidak diendahkan pengadil apabila Kipre dijatuhkan pada minit akhir perlawanan.

Babak pertama perlawanan berakhir tanpa jaringan dengan keadaan perlawanan yang agak seimbang diantara kedua-dua buah pasukan.

Separuh masa kedua

Babak kedua bermula menyaksikan Terengganu gagal memanfaatkan sepakan percuma dari luar kotak penalti setelah Kipre dikasari oleh Fitri Omar pada minit ke-50 perlawanan.

Kuala Lumpur berjaya menjaringkan gol pada minit ke-61, namun dibatalkan pengadil kerana berada di dalam kedudukan offside. Perlawanan terus berlangsung dengan rancak, diikuti oleh rembatan cantik Sanjar dari luar kotak penalti, sedikit melewati palang gol untuk melegakan Sharbinee.

Minit ke-69 akhirnya Terengganu berjaya memecah kebuntuan apabila sedikit kealpaan bahagian pertahanan Kuala Lumpur membenarkan Igor Zonjic menanduk masuk sepakan sudut Lee Tuck, untuk mendahului perlawanan 1-0.

Kuala Lumpur mahu bertindak balas selepas itu, menyaksikan skuad warga kota memperolehi sepakan percuma di sebelah kiri luar kotak penalti. Peluang tersebut bagaimana pun mengena benteng, sebelum tindakan susulan oleh Fitri Omar tidak menjadi. Rembatan Ashri Chuchu pada minit ke-71 pula tepat ke dakapan Suffian Rahman.

Terengganu terus mengasak selepas itu untuk melebarkan kedudukan, namun Kuala Lumpur terus kukuh bertahan sambil sekali sekala melakukan gerak melalui serangan balas pantas.

Kedudukan bagaimanapun kekal sehingga ke wisel penamat, dengan Kuala Lumpur tewas 0-1 kepada Terengganu FC.

Kesebelasan Utama:

Kuala Lumpur: Sharbinee (GK), Fitri Omar, Ryutaro, Zhafri Yahya, Comvalius, Luke Woodland, Irfan Zakaria, Firdaus Faudzi, Arif Anwar, Indra Putra (K), Paulo Josue

Terengganu FC: Suffian Rahman (GK), Kamal Azizi, Nasrullah, Igor Zonjic, Adib, Chanta Bin, Sanjar, Lee Tuck, Malik, Syamin, Tcheche Kipre (K)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN