MSL 2019: Gergasi Merah Tekad Tumbangkan Tok Gajah Di Kuantan

Selepas mengharungi 3 perlawanan Liga Super musim ini, Selangor masih gagal mengutip 3 mata penuh apabila mencatat 2 keputusan seri dan 1 kekalahan.

Justeru itu, mereka tekad menjadikan Pahang sebagai mangsa pertama kebangkitan gergasi merah dalam pertemuan keempat Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Rufino Segovia memberi amaran awal kepada skuad kendalian Dollah Salleh itu meskipun prestasi pemain dari Sepanyol itu sedikit tenggelam pada musim ini.

“Kehidupan manusia sentiasa berubah dan selepas setahun, pelbagai perkara menjadi berbeza. Kehidupan kita sentiasa bertukar pada setiap masa.

“‘Mungkin ketika ini saya hanya dapat menjaringkan satu gol dalam tiga perlawanan namun tiada siapa yang tahu mungkin saya dapat meledak empat gol pada aksi bertemu Pahang nanti.

“Bagi saya, apa yang lebih penting adalah kita sentiasa percaya kepada kemampuan diri kita sendiri,” katanya dalam Berita Harian.

Aksi Rufino Segovia ketika menentang PKNS FC. FOTO: FA Selangor

Rufino juga menggesa rakan sepasukannya bangkit mempamerkan aksi cemerlang meskipun sedar Pahang bukan lawan yang mudah dan mempunyai kelebihan beraksi di halaman sendiri.

“Sudah tentu kami sedih selepas gagal meraih kemenangan namun tiada siapa yang sempurna. Kami bekerja keras dan perlu menunjukkan peningkatan.

“Kami kekal positif dan sentiasa mengekalkan semangat berpasukan. Kami perlu memberikan yang terbaik bukan hanya ketika bertemu Pahang malah pasukan lain juga,” katanya.

Selangor dijangka akan menurunkan pemain import baharu yang beraksi dengan pasukan Kedah musim lepas iaitu Sandro Mendoca bagi menggantikan Antonio German yang digugurkan kerana masalah kemerosotan prestasi.

Manakala Pahang kehilangan pemain tengah utama, Nor Azam Azih yang digantung perlawanan kerana dilayangkan kad merah ketika menentang Melaka United pada minggu lepas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN