MSL 2019: 2 Gol Diogo Ke Atas Felda United Pacu JDT Jarakkan Diri Di Takhta

Diogo, JDT

Dua gol penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo membantu Harimau Selatan untuk menundukkan Felda United 2-0 dalam aksi minggu ke-12 Liga Super Malaysia (MSL) di Stadium Tun Abd Razak, Jengka, sebentar tadi.

Felda United tampil dengan variasi taktikal untuk cuba mengekang dan juga memburu gol di halaman sendiri tetapi diganggu dengan sentuhan tumpul barisan serangan di hadapan gol pelawat.

Felda United sekali lagi beraksi tanpa kapten marvel, Hadin Azman yang masih dirundung kecederaan dan dilihat menampilkan penyerang muda meningkat naik, Azim Rahim sebagai penyerang tunggal dengan dibantu S. Chanturu dan Kei Ikeda.

JDT pula turun dengan formasi yang sama 4-3-3 namun tanpa pertahanan import yang digantung akibat kad merah, Mauricio. Ini menyaksikan gandingan pemain tempatan di benteng ditunjangi Aidil Zafuan, Adam Nor Azlin, Corbin Ong dan S. Kunanlan.

The Fighters terlebih dahulu mempamerkan aksi bertenaga dengan beberapa asakan berjaya digerakkan ke kubu pelawat namun buntu untuk menguji sepenuhnya Izham Tarmizi. Dan selepas 10 minit, Felda United mula ‘berkampung’ di kawasan sendiri.

Safawi, Thiago
FOTO: JST

Ini membolehkan JDT meningkatkan asakan ke gawang tuan rumah yang dikawal Norazlan Razali, namun kekentalan benteng yang diterajui Thiago Junio dan Masaki Watanabe berhasil untuk tidak memberi ruang yang banyak buat pelawat.

Walaupun bergelut mencipta ruang akibat lawan yang memenuhi ruang bawah, Harimau Selatan memperolehi dua peluang terbaik menerusi Leandro Velasquez dan Safawi Rasid di minit ke-21 dan ke-30 namun sedikit melewati palang gol tuan rumah.

Akhirnya JDT berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh Diogo di minit ke-38 – gol ke-6 Diogo di Liga Super. Ianya berpunca daripada kekasaran yang dilakukan oleh Thiago Junio ke atas Corbin Ong.

Dapat diperhatikan di babak pertama, Nidzam Jamil mengarahkan The Fighters untuk lebih mengasak lawan dalam 10 minit pertama dan 10 minit terakhir dengan lebih banyak pemain akan tertumpu di zon final third untuk memerangkap benteng pelawat.

Azim Rahim memperolehi dua peluang terbaik untuk Felda United meledak gol pertama perlawanandi hadapan gawang di minit ke-58 dan ke-68 namun first touch yang kurang kemas menggagalkan gerakan yang dicipta dari sebelah sayap kiri tuan rumah.

Diogo, JDT
FOTO: JST

Diogo berjaya menambah gol buat Harimau Selatan pada minit ke-62 apabila rembatan kaki kirinya selepas menerima hantaran daripada S. Kunanlan, berjaya menewaskan Norazlan Razali.

Tuan rumah dilihat cuba bangkit untuk memburu gol dengan kemasukkan seorang lagi penyerang iaitu Sadam Hashim dan dilihat berjaya menghasilkan beberapa asakan ke kubu lawan tetapi gagal disempurnakan dengan jaringan gol.

Antaranya beberapa peluang yang dimiliki oleh S. Chanturu, Sadam Hashim dan Azim Rahim namun tidak berjaya untuk menewaskan Izham Tarmizi di gawangnya. Dan akhirnya, asakan ini terganggu dengan siri pergeseran di kalangan pemain kedua-dua pasukan.

JDT memperolehi tiga mata berharga di Jengka dan mengukuhkan kedudukan Harimau Selatan di takhta liga dengan mengumpul 30 mata sementara Felda United pula meneruskan rekod tanpa kemenangan kepada 7 perlawanan – sejak 2 Mac yang lalu.

Felda United: Norazlan Razali (PG), Thiago Junio, Masaki Watanabe, Anwar Ibrahim, Haziq Puad, Kei Ikeda, Zahril Azri (65′ Sadam Hashim), Jasazrin Jamaluddin (K) (20′ Faiz Mazlan), Jocinei Chad, S. Chanturu (85′ Syahmi Zamri), Azim Rahim

JDT: Izham Tarmizi (PG), Aidil Zafuan, Adam Nor Azlin, Corbin Ong, S. Kunanlan, Afiq Fazail (79′ Syamer Kutty Abba), Hariss Harun (K), Leandro Velasquez (90′ Nazmi Faiz), Safawi Rasid, Gonzalo Cabrera, Diogo Santo (87′ Syafiq Ahmad)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN