MSL 2019: Debut Impian Ifedayo Tumbangkan Kedah Di Shah Alam

Ifedayo Olusegun tampil dalam aksi debut untuk Selangor di Shah Alam dalam perlawanan menentang Kedah.

Bintang kelahiran Nigeria itu tidak menunggu lama untuk membuka akaun gol beliau bersama Selangor.

Berpunca daripada sepakan percuma Sandro da Silva, penyerang baru Selangor – Ifedayo – menjaringkan gol pertama untuk Gergasi Merah. Satu tandukan agak mudah apabila Khairul Helmi langsung tidak mencabar beliau.

Sebelum wisel rehat separuh masa, Ifwat Akmal melakukan ‘kesilapan budak sekolah’, apabila beliau gagal mengagak (misjudge) bola yang melambung mengatasi beliau – yang keluar daripada kawasannya.

Ifedayo diberikan gol mudah dengan hanya perlu menyempurnakan peluang terhidang.

Bersambung babak ke-2, Selangor menambah 1 lagi gol pada minit ke-56. Ifedayo melengkapkan hatrik beliau dalam debut impian bersama Selangor.

Gol itu berpunca daripad Sandro yang melorongkan kepada Ifedayo. Ifedayo terus menolak kepada Sarkunan. Satu sumbangan yang ‘selfless’ daripada Sarkunan apabila melorongkan bola rendah kepada Ifedayo agar pemain itu menjaringkan hatrik.

Pada minit ke-64, Jonathan Bauman mengurangkan sedikit jurang gol dengan tandukan bebas. Farizal Harun sepatutnya lebih baik dalam situasi tersebut – namun tolakan beliau lemah- meskipun sudah melakukan refleksi yang baik.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan bergaya Selangor 3-1 ke atas Kedah.

Kemenangan ini menyaksikan Selangor memintas Kedah untuk menghuni tangga ke-3 dengan 21 mata. Manakala Kedah di tangga ke-4 dengan 19 mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN