MSL 2019: 2 Gol Tandukan Sean Selvaraj Cetus Kemenangan Dramatik Selangor Atasi Melaka

Selangor terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-8 apabila Amir Yahya melakukan separa voli menewaskan Khairul Fahmi. Satu teknik sepakan yang sangat baik.

Pada minit ke-15, Safiq Rahim melakukan umpanan yang hampir disudahkan Casagrande.

5 minit selepas itu, Farizal Harun melakukan kesilapan penjaga gol apabila gagal memenangi bola ketika keluar daripada zon beliau untuk melakukan ‘sweeping’. Patrick Reichelt memanfaatkan peluang sebaiknya dengan pintu gol ternganga.

Pada minit ke-25, Amri sekali lagi menjaringkan gol untuk Selangor. Satu hantaran licik daripada Syazwan Zainon yang berjaya menemui Amri Yahyah.

Pada masa kecederaan Markovic hampir menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah. Namun kuisan beliau berjaya dihadang pertahanan Selangor.

Bersambung pada babak kedua, Melaka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-54 menerusi Patrick Reichelt. Satu hantaran oleh Raimi daripada situasi bola mati.

2 minit kemudian, Safiq berada dalam kedudukan 1 lawan 1 namun gagal menyempurnakan peluang.

Pada minit ke-69, permainan kombinasi oleh Selangor dipersiakan oleh Sandro yang merembat tepat ke Khairul Fahmi.

Lebih malang untuk Selangor apabila Melaka terus menyerang dan menjaringkan gol. Bermula daripada hantaran licik Safiq Rahim yang disentuh oleh Reichelt – yang mengumpan cantik – disudahkan Markovic.

Pada minit ke-74, Sean Selvaraj dimasukkan menggantikan Syazwan Zainon yang mengalami kecederaan.

Sakurnan gagal menyudahkan (finishing sama ada hantaran akhir ataupun percubaan) ketika mendapat peluang keemasan pada minit ke-87.

Pertahanan Melaka leka dan dihukum oleh Selangor. Satu hantaran lintang yang disambut oleh pemain gantian, Sean Selvaraj dengan tandukan deras.

Pada masa kecederaan, Sean Selvaraj memastikan kemenangan milik Selangor. Sekali lagi Sean Selvaraj dengan gol – juga menerusi tandukan bebas.

Selangor menang 4-3 mengatasi pasukan Melaka. Gergasi Merah ternyata meneruskan rentak kemenangan mereka dan Melaka perlu melakukan kerja rumah yang banyak di pusat latigan untuk memperbaiki prestasi mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN