Selangor terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-8 apabila Amir Yahya melakukan separa voli menewaskan Khairul Fahmi. Satu teknik sepakan yang sangat baik.
8' | GOL AMRI YAHYAH
Kapten @FASelangorMy menjaring gol kedua di Liga Super musim ini dengan sepakan yang menarik menentang Khairul Fahmi Che Mat.#LigaSuper2019#MELSEL#MFLLive pic.twitter.com/Qv5pZipPGu
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 6, 2019
Pada minit ke-15, Safiq Rahim melakukan umpanan yang hampir disudahkan Casagrande.
5 minit selepas itu, Farizal Harun melakukan kesilapan penjaga gol apabila gagal memenangi bola ketika keluar daripada zon beliau untuk melakukan ‘sweeping’. Patrick Reichelt memanfaatkan peluang sebaiknya dengan pintu gol ternganga.
20' | GOL PATRICK REICHELT
@MelakaUnitedSA menyamakan kedudukan di dalam perlawanan #MELSEL selepas Patrick Reichelt menghukum kesilapan Farizal Harun.#LigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/Osk7ya4F6y
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 6, 2019
Pada minit ke-25, Amri sekali lagi menjaringkan gol untuk Selangor. Satu hantaran licik daripada Syazwan Zainon yang berjaya menemui Amri Yahyah.
25' | GOL KEDUA AMRI YAHYAH@FASelangorMy tidak menunggu lama untuk mendahului sekali lagi melalui jaringan Amri Yahyah di Stadium Hang Jebat di Melaka.#LigaSuper2019#MELSEL#MFLLive pic.twitter.com/ClxdShkWby
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 6, 2019
Pada masa kecederaan Markovic hampir menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah. Namun kuisan beliau berjaya dihadang pertahanan Selangor.
Bersambung pada babak kedua, Melaka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-54 menerusi Patrick Reichelt. Satu hantaran oleh Raimi daripada situasi bola mati.
2 minit kemudian, Safiq berada dalam kedudukan 1 lawan 1 namun gagal menyempurnakan peluang.
Pada minit ke-69, permainan kombinasi oleh Selangor dipersiakan oleh Sandro yang merembat tepat ke Khairul Fahmi.
Lebih malang untuk Selangor apabila Melaka terus menyerang dan menjaringkan gol. Bermula daripada hantaran licik Safiq Rahim yang disentuh oleh Reichelt – yang mengumpan cantik – disudahkan Markovic.
71' | GOL DARKO MARKOVIC
@MelakaUnitedSA berjaya kembali semula dalam perlawanan sengit diantara #MELSEL selepas Darko Markovic menjaring gol ketiga di Melaka.#LigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/zkowL1xPCQ
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 6, 2019
Pada minit ke-74, Sean Selvaraj dimasukkan menggantikan Syazwan Zainon yang mengalami kecederaan.
Sakurnan gagal menyudahkan (finishing sama ada hantaran akhir ataupun percubaan) ketika mendapat peluang keemasan pada minit ke-87.
Pertahanan Melaka leka dan dihukum oleh Selangor. Satu hantaran lintang yang disambut oleh pemain gantian, Sean Selvaraj dengan tandukan deras.
88' | GOL SEAN SELVARAJ@FASelangorMy berjaya menyamakan kedudukan di Stadium Hang Jebat selepas pemain gantian Sean Selvaraj menanduk masuk hantaran Amri Yahyah.#LigaSuper2019#MELSEL#MFLLive pic.twitter.com/vVHoxzPauJ
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 6, 2019
Pada masa kecederaan, Sean Selvaraj memastikan kemenangan milik Selangor. Sekali lagi Sean Selvaraj dengan gol – juga menerusi tandukan bebas.
90+4' | GOL KEDUA SEAN SELVARAJ
Sean Selvaraj dibawa masuk oleh B. Sathianathan dan berjaya membuktikan kemampuan beliau dengan jaringan kemenangan untuk @FASelangorMy.
#LigaSuper2019#MELSEL#MFLLive pic.twitter.com/FWyNN5Biqa— MFL LIVE (@MFL_Live) April 6, 2019
Selangor menang 4-3 mengatasi pasukan Melaka. Gergasi Merah ternyata meneruskan rentak kemenangan mereka dan Melaka perlu melakukan kerja rumah yang banyak di pusat latigan untuk memperbaiki prestasi mereka.