MSL 2018: Terengganu Hantar Musuh Pantai Timur Mereka Ke Liga Premier

Pertembungan Pantai Timur berlangsung dalam unifi Liga Super dengan menyaksikan Terengganu mempunyai misi untuk mengesahkan status Kelantan sebagai pasukan Liga Premier musim hadapan.

Terengganu jelas merupakan pasukan pilihan kerana mereka beraksi di laman sendiri dan hal ini jelas dibuktikan oleh mereka dalam perlawanan ini.

Separuh masa pertama menyaksikan Terengganu menguasai perlawanan dengan serangan mereka difokuskan di bahagian kiri.

Hasilnya, mereka berjaya mendahului menerusi jaringan Tchetche Kipre pada penghujung separuh masa pertama pada minit ke-44.

Kipre Tchetche sudah menjaringkan 6 gol daripada 7 penampilan Liga Super 2018 setakat ini. (Sumber: Terengganu Football Club)

Separuh masa kedua menyaksikan Terengganu sekali lagi menguasai perlawanan dikala Kelantan cuba untuk memberikan saingan.

Hasilnya, mereka memperoleh gol kedua menerusi Kamal Azizi yang merembat kencang bola pada minit ke-54.

Kelantan mempunyai peluang keemasan menerusi Imran Samso namun sayang lambungan beliau berjaya mengatasi penjaga gol tetapi bola itu tidak menepati sasaran.

Terengganu hampir menambah jaringan ketiga dalam perlawanan ini menerusi Lee Tuck apabila beliau merembat kencang dari situasi sepakan percuma.

Akan tetapi, bola itu tepat singgah ke tiang gol dan keluar dari kawasan gol.

Lee Tuck terus menjadi ancaman dari situasi sepakan percuma apabila rembatan padu beliau terus menghadirkan bahaya namun rembatan itu ditepis oleh Shahrizan Ismail.

Terengganu memperoleh sepakan penalti di penghujung permainan selepas Khairul Ramli menjatuhkan pemain tuan rumah.

Namun sayang, sepakan penalti yang diambil oleh Kipre melambung tinggi dari sasaran gol.

Secara keseluruhannya, Terengganu jelas merupakan pasukan yang lebih baik dalam perlawanan ini dan mereka berjaya menghantar Kelantan ke Liga Premier.

Masih banyak yang perlu diperbaiki Kelantan dan jatuhnya mereka ke Liga Premier membolehkan pasukan itu merencana semula perancangan pasukan dan bermula semula.

Keputusan penuh, Terengganu 2-0 Kelantan.

Kesebelasan utama

Terengganu: Syazwan Yusoff (penjaga gol), Kamal Azizi, Lee Tuck, Chantheacheary Bin, Shahrul Aizad (Fauzi Kadar 77′), J. Partiban, Nasrullah Haniff, Do Dong-hyun (Ashari Shamsudin 79′), Adib Aizuddin, Tchetche Kipre (ketua pasukan), Igor Zonjic (Wan Amizafran 82′)

Kelantan: Shahrizan Ismail (penjaga gol) (ketua pasukan), Cassio Jesus, Fakhrul Zaman (Imran Samso 45′), Cristiano Santos, Azwan Aripin, Khairul Ramli (Ahmad Haziq 85′), Baktyiar Duishedekov, Nik Akif Syahiran, Danial Haqim, Danial Ashraf (Shafiq Shaharudin 59′), Sharul Nizam

Pegawai perlawanan

Pengadil: Nazmi Nasaruddin
Penolong pengadil 1: Kamarulazmi Abu Bakar
Penolong pengadil 2: Mohairi Mohamed
Pengadil keempat: Nordin Mat Jusoh

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN