Selangor menghadapi tugas sukar untuk mencari mata untuk menjarakkan diri dari zon penyingkiran apabila melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium KLFA, Cheras.
Apa yang menarik mengenai perlawanan ini adalah Selangor meletakkan Saiful Ridzwan sebagai ketua pasukan tuan rumah malam ini selepas Razman Roslan dan Amri Yahyah tidak diturunkan.
Dalam masa yang sama, duo pemain Indonesia iaitu Ilham Udin dan juga Evan Dimas turut kembali dalam kesebelasan utama Selangor.
JDT turun beraksi dengan pemain baharu dengan Jorge Silva dan Harry Novillo diturunkan buat kali pertama untuk pasukan pelawat.
Pasukan pelawat berjaya memecah kebuntuan seawal minit ke-3 menerusi Gonzalo Cabrera selepas pusingan beliau dalam kotak penalti berjaya mengelirukan pertahanan.
Beliau kemudiannya dengan mudah menewaskan Khairul Azhan dari jarak dekat.
Selangor kembali memberikan respon dalam perlawanan ini menerusi Saiful selepas rembatan dari luar kotak beliau terkena Hariss Harun dan mengelirukan Farizal Marlias pada minit ke-14.
Rufino Segovia kemudiannya memberikan pendahuluan kepada Selangor selepas berjaya menewaskan pertahanan 2 minit selepas gol dari Saiful.
Ia merupakan gol ke-8 beliau pada musim ini untuk pasukan Selangor dalam saingan liga.
Jorge Silva cuba mendapatkan gol pertama beliau bersama JDT apabila gerakan beliau berjaya mengucar kacirkan pertaha
nan namun rembatan beliau terus ke dakapan Azhan.
2 minit kemudian, Evan cuba untuk menjaringkan gol ketiga Selangor namun rembatannya melewati palang gol.
Selepas gol kedua Selangor, nyata tempo permainan sudah meningkat dari kedua-dua pasukan.
Ia nyata lebih baik berbanding 10 minit pertama apabila kedua-dua pasukan masih berhati-hati untuk mencari gol terutamanya Selangor.
Cabrera cuba mendapatkan gol kedua peribadi beliau pada minit ke-31 namun rembatan beliau menyerong dan mudah ditangkap boleh Azhan.
Selangor diancam dengan siri serangan JDT apabila dua kali percubaan singkat oleh Novillo berjaya ditolak oleh Azhan sebanyak 2 kali pada minit ke-37.
Safawi Rasid turut melakukan percubaan namun percubaan susulan beliau tidak menepati sasaran.
JDT cukup berbahaya ketika berada dalam kotak penalti Selangor apabila pertahanan Selangor dengan mudah diatasi oleh penyerang JDT terutamanya A. Namathevan.
Malah Namathevan merupakan pertahanan terakhir yang ditewaskan Cabrera sebelum beliau menjaringkan gol pertama perlawanan.
Selangor hampir menambah gol menerusi Evan apabila hantaran lintang beliau tidak berjaya disambut oleh mana-mana pemain namun hampir masuk terus ke pintu gol JDT pada minit ke-41.
Percubaan Safawi pada masa kecederaan separuh masa pertama terus memberikan bahaya menerusi rembatan luar kotak namun rembatannya belum lagi berhasil untuk JDT.
Separuh masa kedua bermula dengan JDT bermula dengan usaha terus untuk mencari gol penyamaan mereka.
JDT hampir menjaringkan gol kedua pada minit ke-50 menerusi Hariss selepas menerima hantaran sepakan percuma dari Novillo.
Kuisan yang dilakukan oleh Hariss kemudiannya tersasar dari sasaran.
10 minit pertama permainan di separuh masa kedua nyata menyaksikan kedua-dua pasukan aktif mencari gol.
Novillo mempunyai peluang untuk menjaringkan gol namun sepakan percuma dari jarak dekat beliau pada minit ke-60 hanya singgah ke benteng Selangor.
Percubaan susulan beliau sejurus selepas itu hanya melewati palang gol.
Novillo terus gagal untuk mencari gol untuk JDT selepas rembatan luar kotak beliau melambung tinggi pada minit ke-66.
Akhirnya Novilla berjaya juga menyamakan kedudukan pada minit ke-68 selepas hantaran lambung dari Cabrera dalam kotak penalti berjaya menemui Novillo dalam kotak D (D-box) Selangor.
Gol tersebut merupakan gol pertama beliau bersama JDT musim ini.
Secara keseluruhannya, kedua-dua pasukan mempamerkan perlawanan yang menarik bagi pihak neutral.
JDT jelas menguasai perlawanan menerusi jumlah percubaan ke arah pintu gol. Akan tetapi, Selangor hanya memerlukan beberapa peluang sahaja untuk memperoleh 2 gol.
Keputusan penuh – Selangor 2-2 JDT.
Kesebelasan utama
Selangor: Khairul Azhan (penjaga gol), A. Namathevan, K. Kannan, Evan Dimas, Saiful Ridzwan (ketua pasukan), Halim Zainal (K. Sarkunan 78′), Alfonso De La Cruz, Ilham Udin (Amri Yahyah 81′), Joseph Kalang (Azizul Baharuddin 70′), Willian Pacheco, Rufino Segovia
JDT: Farizal Marlias (penjaga gol), Marcos Antonio, Afiq Fazail (Hazwan Bakri 84′), Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Hariss Harun (ketua pasukan), Jorge Silva, Corbin Ong, Fadhli Shas, Safawi Rasid (Nazmi Faiz 62′), Harry Novillo (Azrif Nasrulhaq 90′)
Pegawai perlawanan
Pengadil: Suhaizi Shukri
Pembantu pengadil 1: Yusri Muhamad
Pembantu pengadil 2: Khalid Aris
Pengadil ke-4: Rahmat Jantan