MSL 2018: Syahmi Safari & Amri Yahyah Hadiahkan 3 Mata Buat Selangor Di Ipoh

Perlawanan tunggal unifi Liga Super malam ini adalah merupakan aksi melibatkan PKNP FC dan Selangor yang merupakan perlawanan yang ditunda tempoh hari.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan aktif dalam melakukan percubaan ke arah pintu gol lawan.

Namun begitu, kedua-dua pasukan gagal menembusi pintu gol lawan walaupun terdapat percubaan tepat dilakukan.

Sehinggalah minit ke-39, Selangor berjaya mendahului menerusi Syahmi Safari.

Hantaran lintang dari sebelah kiri oleh Sean Selvaraj disudahkan dengan penuh bergaya dari Syahmi untuk meletakkan pasukan pelawat di hadapan.

Gambar: FA Selangor

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan meneruskan rentak untuk mencari gol dalam perlawanan ini.

PKNP FC terlepas peluang menjaringkan gol selepas Hafiz Ramdan berjaya melepasi pertahanan Selangor. Namun beliau sedikit lewat untuk melakukan penyudah.

Selangor turut mempunyai peluang keemasan menerusi Ilham Udin yang berjaya mengelecek penjaga gol tuan rumah gagal menolak bola ke dalam pintu gol.

Percubaan beliau dihalang oleh pertahanan Ritus Krjauklis.

Hafiz terus menjadi ancaman Selangor dalam perlawanan ini apabila percubaan kaki kiri beliau hanya singgah di sisi jaring sahaja.

Rufino Segovia terlepas peluang untuk menambah jaringan buat Selangor namun rembatan beliau sama seperti percubaan Hafiz – terkena sisi jaring.

Selangor berjaya juga menjaringkan gol pada minit ke-82 menerusi pemain gantian Amri Yahyah.

Beliau dengan mudah merembat bola hasil dari hantaran Segovia untuk berikan jaringan kedua buat pasukan pelawat.

Gambar: FA Selangor

Secara keseluruhannya, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang menghiburkan dalam usaha mencari gol.

Namun nasib lebih menyebelahi Selangor dan mereka akan membawa pulang 3 mata.

Keputusan penuh, PKNP FC 0-2 Selangor.

Kesebelasan utama

PKNP FC: Asyraaf Omar (penjaga gol), Sukri Hamid (Ridzuan Azly 57′), Ritus Krjauklis, Muhammad Safar (Khuzaimi Piee 65′), Clovis Anzite-Touadere, Deevan Balan (Norhakim Isa 45′), Hafiz Ramdan (ketua pasukan), Fadhil Idris, Fandi Ahmad, Kim Sang-woo, Sabir Salim

Selangor: Haziq Ridwan (penjaga gol), A. Namathevan, Evan Dimas, Sean Selvaraj (D. Kugan 66′), Saiful Ridzuwan (ketua pasukan) (Amri Yahyah 78′), Rufino Segovia, Alfonso De La Cruz, Ashmawi Yakin, Ilham Udin (Azizul Baharuddin ’90), Syahmi Safari, Syukri Azman

Pegawai perlawanan

Pengadil: Zamzaidi Katimin
Penolong pengadil 1: D. Visnukumar
Penolong pengadil 2:
Shahril Abu Samam
Pengadil ke-4:
Saufi Ibrahim

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN