MSL 2018: Nidzam Mahu Kedah Fokus Bangkit Walaupun Kelantan Sedang Bermasalah

Nidzam Adzha tidak rasa yang pasukan beliau ada kelebihan dalam pertemuan menentang pasukan Kelantan. Pasukan Kelantan berhadapan dengan masalah dalam persiapan perlawanan.

Jurulatih mereka dikatakan menghilangkan diri sejak Ahad dan persiapan perlawanan menentang Kedah dilakukan tanpa beliau.

Di kala media mulai merasakan pasukan Kelantan akan menjadi lawan mudah pasukan Kedah, pengendali Lang Merah itu tidak setuju dengan teori tersebut.

Beliau mahu pasukan Kedah hanya perlu fokus kepada misi mereka untuk bangkit selepas kekalahan dan bukannya memikirkan menentang lawan mereka yang sedang dalam masalah.

Sumber: Berita Harian

Beliau juga menghormati pasukan Kelantan yang memiliki beberapa pemain muda berbakat yang mampu melakarkan kejutan kepada lawan mereka. Dipetik daripada Stadium Astro, pengendali Kedah itu berkata:

“Kedah tidak melihat kepada masalah pasukan lawan. Kami memberi tumpuan untuk bangkit selepas kekalahan dalam perlawanan sebelum ini.”

“Apa pun, kami melihat Kelantan yang dibarisi ramai pemain muda mempunyai kekuatan.”

Nidzam turut mengulas tentang penyerang baru beliau iaitu Paulo Rangel. Nidzam berpuas hati dengan aksi Rangel cuma nasib agak tidak menyebelahi pemain tersebut dalam perlawanan sebelum ini.

Sumber: Berita Harian

“Untuk Rangel, faktor nasib yang menyaksikan dia tidak dapat menjaringkan gol dalam dua perlawanan sebelum ini.”

“Dia berada di posisi yang betul dalam setiap perlawanan. Dia membuat percubaan yang tepat, cuma ia bergantung kepada nasib.”

Selepas 13 perlawanan, pasukan Kedah berada di tangga ke-4. 11 mata di belakang JDT dan 3 mata di belakang pasukan Pahang yang berada di tangga ke-2.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN