Negeri Sembilan bertemu Selangor dalam aksi unifi Liga Super dalam misi untuk mengekalkan status mereka sebagai pasukan liga divisyen 1 pada musim hadapan.
Mereka jelas dengan misi mereka apabila mencari gol awal dalam perlawanan ini.
Hasilnya, Nicolas Velez berjaya menjaringkan gol selepas berjaya menewaskan Norazlan Razali di pintu gol pada minit ke-12.
Namun begitu, Selangor berjaya merapatkan kedudukan 2 minit kemudian hasil penyudah dari Rufino Segovia.
Kedudukan setara yang dicipta Selangor itu bagaimana pun tidak bertahan lama apabila pada minit ke-17 Negeri Sembilan kembali di hadapan.
Bola terkena tangan A. Namathevan dan pengadil memberikan sepakan penalti kepada tuan rumah. Flavio Beck dengan mudah menjaringkan gol dari jarak 12 meter.
Separuh masa kedua menyaksikan Selangor terus melakukan serangan ke arah pintu gol Negeri Sembilan untuk memburu gol penyamaan.
Walaupun diasak dengan beberapa percubaan, namun ketangkasan Kaharuddin Abdul Rahman di pintu gol berjaya menafikan peluang Selangor.
Kemasukan Amri Yahyah sebagai pemain gantian memberikan pilihan yang lain untuk Selangor ketika mereka merencana serangan.
Walaupun teruk diasak, Negeri Sembilan berjaya menjaringkan gol ketiga mereka sekali lagi menerusi Velez.
Beliau mendada bola dengan kemas dan menghasilkan rembatan deras kaki kanan untuk menewaskan penjaga gol.
Secara keseluruhannya, Negeri Sembilan jarang-jarang sekali diserang namun begitu mereka tetap efektif ketika melakukan serangan.
Mereka juga bertahan dengan baik dalam menafikan segala percubaan Selangor terutamanya di separuh masa kedua.
Keputusan penuh, Negeri Sembilan 3-1 Selangor.
Kesebelasan utama
Negeri Sembilan: Kaharuddin Abdul Rahman (penjaga gol), Alex Moraes, Fauzan Fauzi, Flavio Beck (ketua pasukan), Nicolas Velez, Aizulridzwan Razali, Ferris Danial (Fakhrul Aiman 65′), Faizal Abu Bakar, Aiman Khalidi, Osman Yusoff, Angel Guirado (Nasriq Baharom 84′)
Selangor: Norazlan Razali (penjaga gol), A. Namathevan, K. Kannan, Evan Dimas, Sean Selvaraj, Saiful Ridzwan, Rufino Segovia, Razman Roslan (ketua pasukan) Alfonso De La Cruz, Syahmi Safari (Azamuddin Akil 76′), Shahrul Igwan (Amri Yahyah 60′)
Pegawai perlawanan
Pengadil: Zamzaidi Katimin
Pembantu pengadil 1: Zairul Khalil Tan
Pembantu pengadil 2: Farhan Abdul Aziz
Pengadil ke-4: Kamil Fazil